Skip to main content

vcc

DADAH Musuh Negara

Oleh: natrah@usm.my

 PENGGUNAAN DADAH merupakan satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini telah mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat teguran. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan, walaupun bilangan penagih yang dikesan pada tahun 1996 ialah 30,598 orang iaitu lebih rendah berbanding dengan tahun sebelumnya, namun bilangan penagih baru menunjukkan jumlah meningkat semenjak tahun 1990 (lihat Jadual 1).

 Jadual 1: Bilangan Penagih Dadah Yang Dikesan Mengikut Status Kes (1988 - 1996)
 

Status Kes

Tahun

Penagih Baru

Penagih Berulang

Jumlah

1988

10,424

14,781

25,205

1989

7,631

12,487

20,118

1990

7,389

11,921

19,310

1991

8,083

12,258

20,341

1992

8,238

13,268

21,506

1993

10,383

15,074

25,457

1994

11,672

17,084

28,756

1995

13,140

20,964

34,104

1996

13,846

16,752

30,598

Sumber: Agensi Dadah Kebangsaan

Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat. Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia, telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan. Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan penyeludupan dadah. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih lincah dan meluas.

Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penggunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak dan perjudian selain daripada berbagai ancaman kesihatan. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan perkataan lain, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.

Apa itu DADAH?

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang samada daripada segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut.

Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat -ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul, boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya, morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat menahan kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius.

Perbezaan di antara Ubat dan Dadah

Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara. Pertama, ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak bersifat sedemikian. Kedua, ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan minimum seperti pening kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat ketagihan walaupun telah berhenti menggunakannya. Ketiga, ubat, tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda sipengguna, tetapi semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu, dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982. Keempat, ubat umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau) sehingga membawa hukuman mati.

Semua jenis dadah termasuklah tembakau pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk sama ada pergantungan fizikal, mental dan emosi.

Penggunaan Dadah Dikalangan Pelajar

Sebagai sebahagian dari para remaja, golongan pelajar tidak terkecuali daripada masalah penagihan dadah. Walaupun bilangan pelajar yang terlibat adalah kecil, langkah-langkah pencegahan perlu dijalankan memandangkan banyak pelajar sekolah telah dikatakan mula menagih rokok. Dengan anggaran 25% dari pelajar sekolah menengah telahpun menagih rokok dan berdasarkan kepada tabiat golongan muda yang selalunya suka mencuba sesuatu yang baru, kemungkinan penagih-penagih dadah baru akan meningkat pada masa hadapan disebabkan kefahaman yang cetek tentang bahayanya ketagihan. Jadual 2 (a) dan 2 (b) di bawah menunjukkan jenis-jenis dadah yang digunakan oleh penagih-penagih daripada kumpulan penuntut serta tahap umur dan jantina kumpulan tersebut.

Jadual 2: (a)
Bilangan Penuntut yang terlibat dengan Kesalahan Dadah Mengikut Tahun dan Jenis Dadah

Tahun

Heroin

Morfin

Candu

Ganja

Pil

Inhalan

Lain-Lain

Jumlah

1988

16

4

1

88

7

21

1

200

1989

18

8

5

78

5

19

6

156

1990

15

5

0

85

34

43

22

244

1991

28

6

0

74

2

32

10

161

1992

24

5

0

62

0

2

2

95

1993

46

4

0

131

1

4

2

190

1994

71

11

1

131

1

13

18

246

1995

43

26

0

89

15

21

10

204

1996

12

37

0

126

3

0

9

187

Sumber: Agensi Dadah Kebangsaan

 
 

Jadual 2 (b)
Bilangan Penuntut yang terlibat dengan Kesalahan Dadah Mengikut Tahun dan Tahap Pengajian

Tahun

Ting. 1

Ting. 2

Ting. 3

Ting. 4

Ting. 5

Ting. 6

IPT

Jumlah

1988

2

10

21

37

84

2

0

200

1989

3

4

14

27

23

2

52

156

1990

7

20

20

63

91

6

26

244

1991

2

8

16

45

47

10

16

161

1992

1

3

13

13

16

2

45

95

1993

4

6

24

33

57

5

36

190

1994

2

13

28

92

8

150

31

246

1995

1

17

12

11

41

1

3

204

1996

0

3

10

13

36

3

1

187

Sumber: Agensi Dadah Kebangsaan

Menyedari bahawa golongan pelajar berpotensi untuk menjadi penagih baru, Pusat Racun Negara (PRN) berharap usaha lebih giat dijalankan di sekolah-sekolah bagi tujuan memberi pendidikan tentang bahaya penagihan. Dalam hal ini, Pusat Racun Negara telahpun menjayakan dan menyediakan khidmat ceramah dan pameran kesedaran bahaya penagihan kepada pelajar-pelajar sekolah. Adalah menjadi harapan PRN agar usaha yang dijalankan dapat membantu menyedarkan pemahaman pelajar-pelajar kepada bahaya penagihan serta memberhentikan tabiat buruk merokok ini.

Oleh yang demikian, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa jua jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di sam-ping memahami keadaan yang sedang mereka hadapi.