vcc

Senjata Kimia

72 ms 1

Tahukah anda apakah senjata kimia? 

Menurut Organisasi Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW)), Senjata Kimia adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengakibatkan kematian atau kemudaratan secara sengaja melalui sifat toksik bahan tersebut. Di bawah Konvensyen Senjata Kimia (Chemical Weapons  Convention (CWC)), definisi senjata kimia meliputi semua bahan kimia toksik kecuali digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh konvensyen dan dalam kuantiti  yang relevan dengan tujuan tersebut.  

Read more …Senjata Kimia

KUIZ PENAWARACUN BIL. 72

BULETIN PENAWARACUN BILANGAN 72 & PERTANDINGAN KUIZ PENAWARACUN

Tahukah anda apa itu senjata kimia?

Buletin PenawaRacun kali ini mengetengahkan maklumat berkaitan dengan senjata kimia yang kurang diketahui umum. Sertai Pertandingan KUIZ PENAWARACUN untuk dapatkan hadiah-hadiah menarik daripada Pusat Racun Negara.

Antara topik yang diketengahkan dalam PenawaRacun Bilangan 72 adalah :

1. Senjata Kimia
2. Bahan Kimia Dwi-Fungsi: Antara Manfaat dan Risiko
3. Fakta Nombor
4. Kegunaan Pokok Hemp
5. Tahukah Anda
 
Jom sertai KUIZ PENAWARACUN
(https://forms.office.com/r/3TdT6P9QWt) & menangi hadiah istimewa berupa set permainan Hop & Help bernilai RM50.
 
Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2022
Pengumuman pemenang: 15 Januari 2023

Selamat membaca dan semoga bermanfaat! 

Terima kasih.

Sidang Redaksi Buletin PenawaRacun
Pusat Racun Negara
 
Like & Follow Facebook Pusat Racun Negara

Pusat Racun Negara
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia

telephone handset blue icon small : +604-653 2265
blue email box circle png smallprnnet@usm.my
Admin Login