Skip to main content

vcc

5 Tips Kurus Secara Sihat dan Selamat

Oleh: natrah@usm.my
5 Tips Kurus Secara Sihat dan Selamat

5 Tips Kurus Secara Sihat dan Selamat.

 

1. Kurangkan makanan dan minuman bergula

Penggunaan gula yang boleh membawa kepada peningkatan berat badan, diabetes dan masalah kesihatan lain. Fokus pada menggantikan makanan manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan segar dan madu sebagai pemanis semula jadi.

2. Banyakkan makanan tinggi serat

Serat yang terdapat dalam makanan seperti buah-buahan, bijirin serta kacang membantu mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit jantung serta meningkatkan fungsi pencernaan.

3. Bersenam dengan kerap

Aktiviti fizikal yang konsisten sesuai dengan tahap kesihatan anda akan dapat membantu meningkatkan stamina, mengurangkan risiko penyakit kronik serta menguatkan otot dan tulang. Selain itu, bersenam juga memberi kesan positif kepada mood dan kualiti tidur.

Ads:

4. Dapatkan khidmat nasihat pakar

Pakar-pakar dalam bidang pengurusan badan dan pemakanan serta doktor boleh memberi panduan yang tepat yang disesuaikan dengan keperluan individu, untuk membantu anda mencapai matlamat anda dengan selamat dan berkesan. Mereka juga dapat memberi sokongan emosional dan motivasi untuk menghadapi cabaran yang mungkin timbul sepanjang perjalanan anda.

5. Jauhi produk pelansingan daripada capaian kanak-kanak

Simpan produk pelangsingan di tempat yang jauh daripada capaian kanak-kanak, seperti dalam almari yang tinggi atau kotak berkunci, untuk mengelakkan sebarang risiko keracunan atau kesan sampingan yang tidak diingini. Ingat, kebanyakan produk pelangsingan hanya sesuai untuk orang dewasa dan boleh menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak jika diambil tanpa pengawasan.

74 ms 3a

74 ms 3b