vcc

PENAWAR 70 - WEBINAR Tumbuhan dengan Khasiat Perubatan: Manfaat atau Mudarat? pada 30 Mac 2022

70aktiviti5

PRN dengan kerjasama Malaysian Society of Toxinology, Remote Envenomation Consultancy Services dan Special Interest Group in Clinical Toxinology, College of Emergency Physician telah menganjurkan webinar “Tumbuhan dengan Khasiat Perubatan: Manfaat atau Mudarat?” bersempena Minggu Pencegahan Keracunan Kebangsaan (MPKK) 2022 pada 30 Mac 2022.

Lebih kurang 1300 peserta yang mendaftarkan diri telah diperkenalkan kepada beberapa jenis tumbuhan semulajadi yang mempunyai khasiat perubatan namun jika tidak digunakan secara selamat boleh menyebabkan keracunan.

Webinar ini juga turut mendedahkan para peserta kepada rawatan klinikal sedia ada serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh semua untuk mengelakkan keracunan daripada berlaku.

  • Hits: 28

PENAWAR 70 - WEBINAR Risiko Keracunan Penggunaan Ubat-ubatan yang dibeli Dalam Talian pada 29 Mac 2022

70aktiviti4

29 Mac 2022—Webinar ini telah membincangkan 2 tajuk utama: 1. Webinar “Risiko Keracunan Penggunaan Ubat-ubatan yang Dibeli dalam Talian” yang menyentuh isu berkaitan topik pembelian ubat dalam talian dari sumber tidak sah yang membawa risiko serta mampu memudaratkan kesihatan pengguna. 2. Webinar “Ubat dan Kanak-kanak” pula membicarakan aspek bentuk dos serta cara pengambilan ubat kanak-kanak. Turut dikongsikan tips untuk mengelakkan keracunan ubatubatan melibatkan kanak-kanak daripada berlaku.

Seramai lebih kurang 1300 peserta telah mendaftarkan diri dan menonton webinar ini yang disiarkan melalui aplikasi Webex dan di laman Facebook Pusat Racun Negara

  • Hits: 36

PENAWAR 70 - WEBINAR Keracunan Ubat “Ambil Tahu, Elak Keliru” pada 26 Mac 2022

70aktiviti3

 

Sempena Minggu Pencegahan Keracunan Kebangsaan (MPKK) 2022, Pusat Racun Negara (PRN) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) dan Community Outreach Programme (COP PPSF) USM telah mengadakan satu webinar yang bertajuk “Keracunan Ubat: Ambil Tahu, Elak Keliru” pada 26 Mac 2022.

Seramai lebih kurang 900 peserta yang berdaftar telah didedahkan tentang beberapa isu dan kesan pengambilan dos ubat atau bahan farmaseutikal secara berlebihan, keperluan mengambil berat serta patuh terhadap regimen dan dos ubat yang telah diarahkan bagi mengelakkan keracunan.

Turut disampaikan adalah langkah-langkah pencegahan keracunan ubat dan produk farmaseutikal serta tindakan yang wajar diambil jika berlaku keracunan.

  • Hits: 41

PENAWAR 70 - SEMINAR VAPE DAN PENYAKIT EVALI SIRI 1 & 2 pada 6 dan 7 Mac 2022

AKTIVITI WEBINAR

70aktiviti2

Seminar Siri 1 dan 2 anjuran Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah diadakan pada 6 dan 27 Mac 2022 bermula 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari melalui platform Webex dan disiarkan secara rasmi melalui Youtube Live mQuit Channel.

Seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada semua golongan masyarakat berkaitan kesan dan akibat penggunaan rokok elektronik atau vape dalam usaha penggubalan polisi baru berkaitan produk tembakau dan vape.

Program ini telah dijayakan oleh beberapa panel jemputan termasuk pegawai farmasi daripada Pusat Racun Negara iaitu:

PANEL 1: Puan Sulastri Samsudin
TOPIK: Keracunan Vape—Laporan daripada Pusat Racun Negara

Webinar Siri Satu mensasarkan petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan sendiri dan dihadiri lebih 500 orang. Manakala Siri Dua pula mensasarkan warga Institusi Pengajian tinggi dengan penyertaan lebih 100 orang.

  • Hits: 37

Pusat Racun Negara
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia

telephone handset blue icon small : +604-653 2265
blue email box circle png smallprnnet@usm.my
Admin Login