Skip to main content

vcc

Asid Trichloroacetic

Oleh: Mahiya Nabila Rosaria Abdul Hamid
Asid Trichloroacetic

Asid trichloroacetic (TCA) adalah asid yang digunakan dalam kebanyakan rawatan kecantikan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, tanda-tanda penuaan dan pigmentasi kulit. Pengelupasan asid trichloroacetic (TCA) adalah satu kaedah kosmetik yang digunakan untuk membuang sel kulit mati dan mengecilkan liang pori pada kulit.

Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa pengelupasan TCA mempunyai risiko dan bahaya yang serius kepada kesihatan kulit. Walaupun TCA berupaya memberikan pelbagai manfaat yang ketara dalam merawat masalah kulit tertentu, ia juga mempunyai kesan bahaya yang serius. Artikel ini  akan mengupas berkenaan risiko bahaya rawatan pengelupasan kimia TCA serta kepentingan berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan bahan kimia ini untuk  rawatan kulit terutamanya pada kulit muka. 

74 ms 6

1. MEROSAKKAN KULIT JIKA TIDAK DIGUNAKAN DENGAN BETUL

TCA adalah bahan kimia yang boleh merosakkan kulit jika tidak digunakan dengan betul. Pengelupasan kimia TCA biasanya digunakan untuk menghilangkan lapisan atas kulit yang mati, merangsang pertumbuhan kulit baru, dan memperbaiki tekstur permukaan kulit. Apabila digunakan dalam konsentrasi yang tinggi, atau  diaplikasikan secara tidak betul (tanpa rundingan doktor), TCA boleh mendatangkan kesan bahaya yang serius, termasuk kesan sampingan yang tidak diingini seperti  bengkak, kulit menjadi kering, gatal-gatal, kemerahan, kesan kulit terbakar, dan jangkitan bakteria pada kulit. 

2. BERISIKO UNTUK SESETENGAH JENIS KULIT

Kedua, pengelupasan TCA mempunyai risiko yang lebih besar pada jenis kulit tertentu. Kulit sensitif, kering dan rosak adalah lebih mudah terjejas oleh  pengelupasan TCA. Kulit yang terdedah kepada sinar matahari juga akan berisiko tinggi terhadap pengelupasan TCA. Jika anda mempunyai masalah kulit yang serius  seperti jerawat, kulit kering, ekzema atau kulit rosak, sebaiknya tidak disarankan untuk menggunakan pengelupasan TCA tanpa berbincang dengan doktor  kulit terlebih dahulu. 

Ads:

3. PENGENDALIAN PROSEDUR PERLU DILAKUKAN OLEH PAKAR


Ketiga, pengelupasan TCA perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh profesional dan terlatih dalam bidang ini dan  bukan sesuatu yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Penggunaan TCA boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius dan berbahaya kepada kulit termasuklah kebakaran kimia pada kulit. Kebakaran kimia boleh terjadi akibat penggunaan TCA dalam kepekatan yang terlalu tinggi atau akibat penggunaan TCA  dalam jangka  masa yang panjang atau terlalu lama pada kulit. Kebakaran kimia yang teruk boleh meninggalkan parut pada kulit. Selain itu, kulit yang terbakar juga lebih mudah  terdedah terhadap jangkitan bakteria. Penggunaan TCA juga boleh mengakibatkan masalah pigmen kulit. TCA mampu memutihkan kulit atau menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau menyebabkan warna kulit yang tidak sekata terutamanya kepada mereka yang mempunyai tona permukaan kulit yang lebih gelap atau  memiliki pigmentasi kulit yang tidak sekata.  

4. MENJEJASKAN KESEIMBANGAN HORMON

Keempat, pengelupasan TCA tidak selamat untuk wanita hamil atau menyusukan bayi. Bahan kimia dalam TCA boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan  kesihatan kulit. Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi, tidak disarakan untuk menggunakan teknik pengelupasan TCA. Jika anda berniat untuk melakukan  pengelupasan TCA dengan pengamal perubatan yang bertauliah, pastikan anda melakukan “sensitivity test” atau ujian sensitiviti terhadap kulit anda terlebih  dahulu. Ini adalah untuk memastikan kulit tidak terlalu sensitif terhadap bahan kimia serta tidak menghasilkan kesan sampingan yang teruk. 

Kesimpulannya, sebelum memutuskan untuk menjalani pengelupasan TCA, pastikan anda memahami risiko dan bahayanya. Pastikan anda tidak melakukan  pengelupasan TCA tanpa berbincang dengan pakar kulit terlebih dahulu.  Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya dan  menjejaskan kulit anda. Oleh itu waspadalah.