Oleh: Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, PhD
Pelarut organik merupakan kumpulan bahan kimia yang kerap digunakan di tempat-tempat kerja.
Pelarut organik termasuk berbagai sebatian seperti isopropil alkohol, metil etil keton, glikol eter, benzena dan poliklorin bifenil. Pelarut organik selalu digunakan oleh mereka yang bekerja di makmal penyelidikan, hospital, dan kilang-kilang seperti percetakkan, kosmetik dan tekstil. Pelarut-pelarut organik boleh meracuni dan penggunaannya di bahagian pengeluaran biasanya melibat-kan golongan wanita. Ini mengakibatkan mereka terdedah kepada bahaya pelarut organik. Masalah ini akan menjadi lebih rumit sekiranya ia membabitkan wanita yang sedang hamil.
Kajian terhadap haiwan menunjukkan bahan pelarut organik sangat bahaya serta boleh memudaratkan janin haiwan tersebut. Fenomena ini dikenali sebagai ‘teratogenik’. Hasil kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan kecacatan anggota dan sistem saraf pusat berlaku pada mencit, perencatan pertumbuhan tulang berlaku pada tikus dan kecacatan turut berlaku pada arnab. Dalam kajian-kajian yang telah dijalankan, jumlah pelarut yang telah digunakan dalam haiwan adalah tinggi dan berbagai saluran administrasi telah digunakan. Tetapi dalam keadaan sebenar, wanita yang bekerja hanya terdedah kepada pelarut organik ini dalam jumlah yang sedikit secara inhalasi (terhidu) atau penyerapan melalui kulit. Oleh itu, hasil kajian pada haiwan sukar dikaitkan kepada manusia. Dalam satu kajian yang lain didapati risiko kecacatan pada janin dan kadar keguguran meningkat di kalangan wanita yang telah terdedah kepada pelarut. Banyak lagi laporan yang telah menyenaraikan bahaya bahan pelarut organik tersebut dan di antaranya ialah:
Pelarut organik seperti aseton, fenol dan xilin yang terlarutkan lemak mampu melintasi membran biologi termasuk plasenta (uri). Ini bermakna bahan kimia tersebut boleh menjejaskan otak janin yang sedang terbentuk. Selain daripada itu, pendedahan kepada pelarut organik semasa hamil boleh dikaitkan dengan kecacatan pada janin seperti:
Kesimpulan
Secara ringkasnya, pendedahan dalam jangkamasa yang singkat tanpa memberi kesan pada ibu, biasanya tidak akan menyebabkan kecacatan dan kemudaratan pada janin atau bayi. Wanita dinasihatkan supaya berwaspada serta mengambil langkah-langkah yang sesuai, antaranya:
Pendedahan kepada pelarut organik di tempat kerja semasa tempoh hamil boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan kepada janin. Wanita hamil yang bekerja di tempat-tempat yang menggunakan pelarut organik harus dikecualikan daripada bekerja di kawasan yang mudah terdedah kepada bahaya bahan kimia tersebut.