SUNGAI KIM-KIM MENJADI SUNGAI KIMIA Bahana Pembuangan Sisa Kimia Secara Haram
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB! Pembuangan bahan kimia secara haram di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang telah menyebabkan berlakunya tragedi keracunan besar-besaran dalam kalangan penduduk sekitar kawasan tersebut. Walaupun kejadian pembuangan sisa kimia tanpa kawalan mungkin pernah berlaku sebelum ini, apa yang berlaku di Sungai Kim-Kim lebih menggemparkan apabila kesannya adalah mendadak dan melibatkan ramai mangsa. Jangkaan serta andaian dibuat sehingga kadang kala timbul berita palsu dan tuduhan melulu semasa ketegangan yang melanda. Dalam mendepani tragedi sebegini, fakta yang tepat adalah penting bagi membantu para petugas menangani keadaan selain mengurangkan keresahan dalam kalangan mangsa yang terlibat. Berikut adalah beberapa faktor dari sudut pandang Pusat Racun Negara yang perlu diberikan perhatian dalam menangani insiden sebegini.
Mengambilkira semua faktor tersebut, sewajarnya semua pihak harus faham bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk mengendalikan kejadian berisiko besar seperti ini. Oleh itu, elakkan daripada membuat spekulasi dan tuduhan rambang dengan hanya berasaskan maklumat dihujung jari anda.Mengambilkira semua faktor tersebut, sewajarnya semua pihak harus faham bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk mengendalikan kejadian berisiko besar seperti ini. Oleh itu, elakkan daripada membuat spekulasi dan tuduhan rambang dengan hanya berasaskan maklumat dihujung jari anda.
Pusat Racun Negara yakin dan percaya bahawa semua pihak yang bertanggungjawab khususnya kakitangan perubatan yang telah bertungkus-lumus memberikan rawatan dan bantuan yang terbaik untuk semua mangsa yang terbabit.
Jelas sekali banyak pengajaran dan tindakan yang perlu diambil susulan bencana ini. Hukuman yang keras perlu dikenakan kepada pelaku-pelaku jenayah terhadap alam sekitar ini sebagai pengajaran agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Sebagai rakyat yang prihatin kepada kehidupan yang bersih dan selamat, pastikan anda juga mengamalkan pembuangan sisa kimia yang betul di rumah anda! Jangan hanya kata, tapi mesti dikota.