Kesan-kesan Pengambilan Dadah Terhadap Manusia
Oleh: natrah@usm.my
Secara ringkas, kesan yang dialami oleh penagih dadah dapat dikategorikan kepada tiga iaitu, kesan fizikal, kesan psikologi dan kesan sosial.
Kesan Fizikal
- Keadaan diri tidak terurus.
- Proses kehidupan menjadi tidak normal.
- Kadar pernafasan menjadi tidak normal.
- Degupan jantung berkurangan.
- Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisma badan.
- Mata menjadi merah dan kuyu.
- Berat badan menurun.
- Sawan dan gangguan otak.
- Mereka juga berkemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit seperti:
- Pengambilan secara Suntikan
- Meningitis - penyakit jangkitan otak.
- Tetanus atau penyakit kancing gigi.
- Endokarditis - penyakit jangkitan jantung.
- AIDS, Hepatitis B, C dan D.
- Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain, khususnya di tapak suntikan.
- Pengambilan melalui Mulut
- Kerosakan paru-paru dan hati.
- Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi).
- Kerosakan buah pinggang.
- Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya).
- Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh.
Kesan Psikologi
- Euforia (rasa seronok dan khayal).
- Hilang kawalan diri dan pemikiran.
- Tolerans.
- Keluh kesah, tidak memberi tumpuan dan menderita.
- Mata berair, hidung berhingus, perut sakit dan perit, muntah dan cirit- birit.
- Bertindak ganas dan hilang kawalan emosi.
- Gangguan mental dan menjadi tidak waras.
Kesan Sosial
- Hilang minat dan tidak bertanggungjawab terhadap pekerjaan.
- Prestasi dan disiplin kerja merosot.
- Memencilkan diri dari anggota masyarakat lain.