Skip to main content

vcc

Awasi Risiko Parasetamol Berlebihan bagi Kanak-kanak

Oleh: natrah@usm.my
Awasi Risiko Parasetamol Berlebihan bagi Kanak-kanak

Kanak-kanak yang menggunakan parasetamol (sejenis ubat yang digunakan untuk menahan sakit ataupun mengurangkan demam) dilapor boleh menyebabkan kemudaratan jika digunakan dalam sukatan yang walaupun sedikit berlebihan. Laporan ini terkandung dalam majalan saintifik Journal of Pe-diatrics (1998; 132:22-27) baru-baru ini. Mengikut laporan tersebut, dalam masa dua puluh tahun yang lalu, sekurang-kurangnya 24 orang kanak-kanak telah mati dan 11 lagi memerlukan pembedahan pemindahan hati selepas diberi parasetamol dalam amaun yang berlebihan daripada dos yang disyorkan berdasarkan berat badan kanak-kanak tersebut. Mengikut penyelidiknya, Dr. James Heubi, Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di hospital kanak-kanak Cincinnati, Amerika Syarikat, kajian tersebut menekankan bahaya penggunaan parasetamol bagi kanak-kanak dalam sukatan dos berlebihan, walaupun sedikit daripada apa yang disyorkan berdasarkan berat badan kanak-kanak itu.

Ads:

Sukatan tunggal yang disyorkan adalah di antara 4.5 mg - 7 mg bagi setiap kilogram berat badan. Sukatan bagi sehari adalah di antara 23 mg - 34 mg bagi setiap kilogram berat badan.

Oleh itu, ibu-bapa dan penjaga kanak-kanak harus berwaspada apabila merawat kanak-kanak menggunakan parasetamol.