Tetapkan Tujuan/Bulatkan Tekad
BERHENTI MEROKOK PADA TARIKH YANG DITETAPKAN |
Beritahu keluarga, rakan-rakan dan teman sekerja bahawa anda mahu berhenti merokok. Mintalah kerjasama dan dorongan mereka. Bagi mereka yang masih lagi ingin meneruskan tabiat mereka, seharusnya memberikan kerjasama kepada teman-teman anda yang ingin berhenti merokok. Janganlah cuba mempengaruhi mereka untuk merokok atau mempersendakan mereka. Hormatilah perasaan rakan anda.
Bersedia membuat perubahan sebelum anda berhenti
Tukar persekitaran anda. Buang semua rokok dan tempat habuk rokok dari dalam rumah, kereta dan tempat kerja anda. Hapuskan bau rokok dalam kereta dan rumah anda. Elakkan lain-lain keluaran tembakau seperti cerutu, paip dan sentil tembakau.
Mula untuk menukar tabiat anda. Elakkan merokok di tempat-tempat dimana anda menghabiskan masa yang lama di dalamnya seperti di dalam rumah dan di dalam kereta.
Fikirkan semula tentang percubaan anda untuk berhenti merokok pada masa yang lalu. Fikirkan apakah perkara yang membantu atau menyukarkan anda untuk berhenti merokok.
Fakta tentang pertambahan berat badan