Oleh: Noor Hasani Hashim
Ramadan almubarak adalah bulan di mana melimpah ruah rezeki dari Tuhan. Berbagai jamuan diberikan oleh yang berada terutamanya di masjid, surau, hotel dan restoran-restoran. Kita seolah-olah berada dalam satu pesta makanan dalam tempoh bulan ini.
Gerai-gerai makanan sementara juga akan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Seperti mana cendawan, tidak semuanya boleh dimakan, begitu dengan makanan di gerai-gerai tersebut. Dalam erti kata yang lain, pengguna harus berhati-hati apabila membeli di gerai-gerai tersebut. Kita inginkan semua gerai tersebut menawarkan makanan berkualiti dan selamat. Para penjual semestinya memahami dan tahu menjaga kebersihan serta mengelakkan makanan dari tercemar yang boleh menyebabkan keracunanan makanan kerana ramai yang akan menerima padah akibat kecuaian mereka.
Di antara punca-punca keracunan makanan disebabkan makanan yang dicemari oleh:
|
|
Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan tercemar. Tanda-tandanya termasuklah mual, muntah, cirit-birit, pening-pening serta gangguan perut. Kesan bahaya keracunan makanan ialah kehilangan air dalam badan. Sekiranya kehilangan air dalam badan terlalu serius ia boleh membawa maut. Selain dari itu, keracunan saraf yang berpunca daripada keracunan makanan juga boleh mengancam nyawa.
Memandangkan kandungan air dalam tubuh manusia berpuasa adalah kurang daripada biasa, sekiranya berlaku keracunan makanan maka ianya akan menjadi lebih serius Oleh itu pengguna harus berhati-hati apabila mengambil makanan terutama yang dibeli di gerai-gerai sementara. Walau bagaimanapun, adalah sukar bagi kita untuk membezakan makanan yang telah dicemari. Hanya cara penyediaan dan pengendalian yang bersih dan teliti sahaja dapat mengatasi dan mengelakkan keracunan makanan.
Berikut adalah beberapa perkara yang harus dilakukan bagi mengelakkan belakunya keracunan makanan:
Hak serta kuasa memilih terletak pada pengguna, oleh itu kita boleh memilih samada untuk membeli makanan di kedai atau menyediakannya sendiri. Kelebihan menyediakan makanan sendiri ialah kita boleh menentukan mutu dan kebersihannya.