ESCTASY: PRN bangunkan Laman Web
Sejak kebelakangan ini masalah penyalahgunaan pil ecstasy di kalangan remaja telah menjadi begitu ketara sekali malah telah mencapai ketahap yang amat membimbangkan. Senario penggunaan pil rekreasi seperti ini berlaku disebabkan oleh keinginan untuk berseronok (atau juga dikenali sebagai euphoria) tanpa mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku ke atas diri mereka akibat daripada pengambilan pil-pil ini.
Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang patut dipandang serius dan dibendung pada peringkat yang lebih awal oleh pihak-pihak berkuasa yang terbabit. Penerangan mengenai kesan buruk yang mungkin berlaku juga perlu dilakukan terutamanya kepada para remaja yang bakal menjadi tonggak pemimpin negara.
Secara saintifiknya sememangnya terdapat perhubungan di antara struktur kimia dan kesannya terhadap pengguna esctasy. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kesan toksik daripada dadah-dadah ini dapat diramalkan. Hakikatnya masih banyak kesan dadah ini yang belum diketahui. Ketulinan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan juga menimbulkan keraguan kepada pengguna ataupun penguatkuasa.
Penghasilan secara haram oleh mereka-mereka yang tidak bertauliah serta makmal yang tidak lengkap dan tiadanya kawalan mutu menghasilkan dadah yang bermutu rendah. Malah dalam satu kelompok (batch) pengeluaran juga terdapat perbezaan dalam kekuatan dadah yang dihasilkan. Selain dari itu, tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mencam-purkan bermacam bahan lain untuk meningkatkan kesan semasa pengambilan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang amat membahayakan pengguna malah boleh mengancam nyawa. Mereka ini hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk dari perbuatan mereka ini.
Memandangkan kepada betapa pentingnya maklumat mengenai bahaya penggunaan ecstasy ini, Pusat Racun Negara telah membangunkan satu laman web ecstasy untuk mendidik remaja tentang bahaya pil ecstasy. Maklumat yang dibekalkan di laman web ini disediakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penilaian awal telah dibuat ke atas bahan-bahan yang dikumpulkan di dalam laman ini agar mudah difahami oleh orang awam serta menarik perhatian pengunjung laman ini. Dalam penilaian ini, maklumat yang dipilih adalah berdasarkan kepada kajian terkini yang diperolehi dari penyelidikan pil ecstasy. Alamat laman web tersebut adalah http://www.prn.usm.my/ecstasy.
Antara kandungan laman web Ecstasy adalah berikut:
Bahasa Malaysia