oleh Mahiya Nabilla Rosaria Abdul Hamid
Pengenalan
Tahukah anda bahawa di dalam lautan juga terdapat ulat bulu? Walaupun dipanggil ulat bulu, tetapi sebenarnya ia adalah sejenis cacing bersegmen yang mana pada setiap segmen itu terdapat duri-duri (bristle) halus berbisa yang digunakan sebagai alat mempertahankan diri. Ulat bulu laut atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil bristle worm, tergolong dalam keluarga Amphinomidae, kelas Poliketa (Polychaeta), filum cacing Annelida (Phylum Annelida). Poliketa merujuk kepada bahasa latin yang bermaksud ‘banyak duri atau bristle’.
Fireworm (Chloeia flava) pula merupakan sejenis daripada pelbagai jenis bristle worm. Kebanyakan bristle worm berwarna merah jambu manakala fireworm pula mempunyai bahagian belakang yang agak gelap tetapi warnanya keseluruhannya lebih menyerlah. Ringkasnya, semua fireworm adalah bristle worm tetapi bukan semua bristle worm adalah fireworm.
Meskipun ulat bulu laut ini tidak agresif, namun ia akan menyerang apabila disentuh dengan cara memancarkan duri-duri halus dan tajam keluar dari segmen badannya. Toksin dibebaskan apabila duri-duri halus menembusi permukaan kulit mangsa. Apabila tersentuh, mangsa akan mengalami kesakitan yang amat sangat dengan serta merta. Kadar atau tahap neurotoksisiti adalah berbeza mengikut spesis ulat bulu laut.
Ulat bulu laut ini boleh dijumpai di kawasan berpasir dan di bahagian bawah batu berhampiran terumbu karang. Mereka akan menggali lapisan-lapisan di antara pasir untuk mencari sumber makanan. Ciri unik ulat bulu laut ini adalah saluran pemakanannya yang boleh memuncung keluar kerana tidak mempunyai rahang yang tersendiri. Nelayan kerap terjumpa ulat bulu laut terperangkap di dalam pukat dan sekali sekala tersangkut pada umpan ikan dan udang mereka. Musim mengawan adalah antara bulan April hingga Mei setiap tahun dan ulat bulu laut boleh dilihat berenang di dasar laut pada waktu malam.
Sengatan ulat bulu laut boleh mengakibatkan gejala berikut:
Kesan seperti alahan (keradangan, kepedihan, bengkak dan lain-lain) boleh berlarutan antara beberapa hari hingga ke berminggu-minggu.
Langkah Berjaga-jaga
Sekiranya Disengat