Kita mesti berasa agak ganjil apabila dikatakan bahawa barang permainan boleh membahayakan. Pada hal barangan seumpama ini bertujuan untuk menyeronokkan dan melekakan kanak-kanak (mungkin juga dewasa) dan bukan sebaliknya. Apa lagi di banyak tadika, permainan menjadi satu daya tarikan yang dipentingkan. Tetapi pada hakikat ramai kanak-kanak mengalami kecederaan, kadangkala dengan tidak sengaja, akibat barang permainan ataupun hobi kegemaran mereka. Salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah kerana bahan yang gunakan untuk membuat barang permainan tersebut mengandungi racun ataupun boleh memudaratkan kesihatan.
Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa industri permainan tidak sangat menghiraukan tentang hal-hal keselamatan pelanggan mereka apabila terdapat bahan pthalate terkandung dalamnya. Ini adalah sejenis bahan yang terbit daripada permainan diperbuat daripada PVC (polivinil klorida, sejenis ‘plastik’ keras) terutama sekali apabila dihisap, kunyah ataupun tekanan dikenakan padanya. Akibatnya kanak-kanak mudah termakan atau tertelan bahan tersebut dan ini boleh membahayakan kesihatan seperti kerosakan buah pinggang dan paru-paru. Dalam satu kajian, 63 barang permainan daripada 17 negara menunjukkan mengandungi bahan bahaya pthalate, umumnya antara 10 hingga 40 peratus berat permainan tersebut.
Satu lagi contoh adalah penggunaan cat atau bahan warna yang mengandungi plumbum untuk mewarnai permainan tersebut. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa plumbum ini boleh mengancam keselamatan kanak-kanak terutamanya. Kesan plumbum kepada kesihatan telah disiarkan dalam PenawaRacun Bil. 6, Januari 1996. Plumbum pada paras yang agak rendah sudah boleh menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak walaupun gejala keracunan masih tidak ketara.
Antara bahan-bahan hobi maupun permainan yang patut dielakkan untuk kanak-kanak adalah seperti dalam senarai di bawah. Setiap satu daripada bahan-bahan ini boleh mengeluarkan atau mengandungi bahan beracun dan tidak selamat jika digunakan oleh kanak-kanak terutama sekali. Misalnya,
Jika diperlukan juga, sebelum menggunakan bahan-bahan ini, pastikan kanak-kanak tidak terdedah padanya dengan mengambil langkah-langkah pencegahan. Antaranya:
Pendek kata permainan boleh mengancam keselamatan kerana rekacipta atau bentuknya yang tidak sempurna. Oleh itu perlu diambilkira keselamatan kanak-kanak sebelum membeli atau membenarkan mereka ‘berseronok’ dengan permainan tertentu.
Setelah mengambilkira hal-hal yang berkenaan dan pasti yang barang permainan itu adalah selamat untuk kanak-kanak, pastikan pula ia disimpan dengan baik. Penyimpanan yang kurang sempurna boleh menyebabkan kanak-kanak cedera oleh kerana letaknya tidak teratur maupun sesuai. Oleh yang demikian
Dengan lain perkataan, keselamatan kanak-kanak perlu diutamakan dan para pengguna, terutama sekali ibubapa, penjaga dan guru bertanggungjawab memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada apa-apa bahaya yang tidak diingini sama ada secara sengaja atau tidak.N
![]() |
JADIKAN RUMAH KITA TEMPAT YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK!
Persekitaran di dalam rumah boleh mendatangkan berbagai ancaman kepada keselamatan kanak-kanak. Satu kajian seberang laut menunjukkan ini berlaku di berbagai tempat seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Ini termasuklah katil anak-anak, tempat tinggi seperti tangga, dapur, kamar makan dan sebagainya. Dalam julat umur 1-4 tahun, lebih ramai yang mengalami kecederaan di dapur - melecur dan terbakar (Rajah 2). Ada juga yang lemas di tempat mandi ataupun tempat lain (16.7%). Sedangkan 7.4% akibat kemalangan seperti keracunan ataupun tercekik akibat tertelan benda-benda asing (3.8%). Lebih daripada 5% tercekik akibat makanan di tempat tidur dan lebih daripada 4% kerana terjatuh. Dalam pada itu, lebih ramai mendapat kemalangan di jalanraya (29%) di luar rumah. Bagi julat umur 5-9 tahun (Rajah 3), kecenderungan lebih akibat lemas (19.2%) dan juga terbakar (16.6%) maupun terkena kejutan elektrik (4.4%). Bilangan yang jatuh agak sama dengan peringkat usia lebih mudah, tetapi tidak ramai yang tercekik akibat tertelan benda-benda asing, maupun di katil. Sebaliknya, bilangan yang mengalami kemalangan di jalanraya lebih meningkat (45%) kerana mereka lebih sering keluar. Bagi lengkongan umur 10-14 tahun (Rajah 4), kecenderungannya lebih kurang sama, tetapi di dalam rumah lebih ramai yang lemas (30%) dan jatuh (9%), sedangkan di luar rumah bilangan kemalangan jalanraya juga agak tinggi (40%). Oleh yang demikian, awasilah tempat-tempat ini di rumah kita. |
![]() |
|
![]() |
![]() |