Kawalan pencemaran aflatoksin melalui akta dan peraturan
Menyedari tentang bahaya aflatoksin terhadap kesihatan, negara-negara di seluruh dunia telah menetapkan had maksimum kandungan aflatoksin dalam komoditi makanan. Amerika Syarikat menguatkuasakan aras yang dibenarkan untuk aflatoksin sebanyak 20μg/kg, sementara Kesatuan Eropah (EU) pula menetapkan aras yang dibenarkan pada 4μg/kg.
Di Malaysia, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, menghadkan kandungan aflatoksin (jumlah AFB1, AFB2, AFG1 dan AFG2) pada paras 15μg/kg dalam kacang tanah, badam, kacang hazel, pistasio, kacang Brazil dikupas cengkerang atau kulitnya untuk pemprosesan lanjut; 10μg/kg dalam kacang tanah, badam, kacang hazel, kacang pistasio, kacang Brazil dikupas cengkerang atau kulitnya yang sedia untuk dimakan; 0.1μg/kg dalam bijirin makanan untuk bayi dan kanan-kanak; dan 5μg/kg untuk lain-lain makanan (Akta Makanan dan Peraturan, 2019).
Tips dan amalan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan keracunan aflatoksin
Aflatoksin sangat stabil secara kimia di dalam makanan dan tidak dapat dimusnahkan dengan cara memasak biasa seperti menumis, menggoreng, merebus, mengukus dan sebagainya. Oleh itu, tips-tips berikut boleh diamalkan untuk mencegah keracunan aflatoksin: