Skip to main content

vcc

Penggunaan Steroid dalam Produk Ubatan Tradisional

Oleh: Azizan Hj Daud

ms9

Pengenalan

Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia bagi membantu mengawal fungsi badan. Steroid sintetik yang digunakan untuk rawatan pelbagai masalah kesihatan dikategorikan sebagai racun/ubat terkawal dan hanya doktor boleh mengeluarkan preskripsi ubatan ini. 

Steroid sintetik terbahagi kepada dua jenis iaitu steroid anabolik dan kortikosteroid. Steroid anabolik adalah hormon sintetik yang boleh meningkatkan keupayaan tubuh untuk membina dan mencegah kerosakan otot. Steroid anabolik seperti testosteron digunakan oleh atlet untuk membantu dalam pembinaan otot bagi meningkatkan kekuatan dan prestasi fizikal, namun ia telah diharamkan penggunaannya oleh badan-badan sukan seluruh dunia. 

Kortikosteroid adalah ubat sintetik yang menyerupai kortisol, hormon yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi. Ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dan keadaan keradangan serta melegakan tindak balas imun yang terlalu aktif. Contoh kortikosteroid adalah Cortisone, Dexamethasone, Betamethasone, Prednisone dan Prednisolone.

Sediaan ubat kortikosteroid terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kapsul/tablet, krim, ubat sedut (inhaler) dan ubat titis. Kepelbagaian bentuk ini bertujuan untuk merawat penyakit yang berbeza. Contohnya, steroid dalam bentuk krim untuk pesakit ekzema dan steroid bentuk ubat sedut untuk pesakit asma. Pemberian steroid dalam rawatan penyakit biasanya dikawalan dan dipantau oleh pasukan perubatan bagi memastikan kesan sampingannya dapat dicegah atau diminimakan.

Campurpalsu Steroid dalam Produk Ubatan Tradisional 

Penggunaan produk tradisional semakin popular di Malaysia dan seluruh dunia. Di Malaysia, produk ini perlu dilulus dan didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui penilaian yang dilaksanakan oleh Agensi Farmaseutikal dan Regulatori Negara (NPRA) (dahulunya dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan).Penggunaan produk tradisional semakin popular di Malaysia dan seluruh dunia. Di Malaysia, produk ini perlu dilulus dan didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui penilaian yang dilaksanakan oleh Agensi Farmaseutikal dan Regulatori Negara (NPRA) (dahulunya dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan).

Salah satu penilaian penting oleh NPRA ialah memastikan produk ubatan tradisional yang hendak didaftarkan tidak dicemari dengan bahan terlarang seperti logam berat serta tidak ditambah atau dicampurpalsu dengan ubat/racun berjadual seperti steroid. Namun, terdapat produk yang tidak berdaftar yang mana ia lebih berisiko tinggi untuk dicampurpalsu dengan racun berjadual. Lambakan produk seumpama ini di pasaran dengan sambutan hebat daripada pengguna yang mungkin telah terpedaya dengan kesan segera akibat penambahan steroid atau ubat terkawal lain didalamnya.

Bahagian Penguatkuasa Farmasi setiap negeri berperanan untuk memantau produk sebegini di pasaran. Banyak produk tradisional telah dirampas dan dikesan dicampurpalsu ubat terkawal terutamanya steroid seperti dexamethasone. Lebih parah sesetengah produk dicampur bukan satu tapi beberapa bahan aktif ubat terkawal. Terdapat juga produk berdaftar yang telah dibatalkan pendaftarannya akibat penambahan bahan aktif ubat terkawal selepas mendapat kelulusan dan memasuki pasaran. Maklumat nama produk berdaftar dan tidak berdaftar yang telah dikenalpasti dicampurpalsu boleh didapati di laman sesawang NPRA di bahagian maklumat keselamatan untuk pengguna (https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers.html). Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 untuk maklumat lanjut. 

Walaupun Steroid mempunyai pelbagai manfaat, tetapi penambahannya secara tidak terkawal ke dalam ubatan tradisional akan lebih mengundang mudarat. Ini kerana, pengguna tidak tahu banyak mana penambahan bahan ini ke dalam sediaan ubat tersebut. Keadaan ini meningkatkan risiko pengguna mengambil dos berlebihan dan mendapat kesan sampingan akibat penggunaan jangka panjang ubatan tradisional. Selain itu, sesetengah pesakit tidak boleh mengambil steroid atas faktor kesihatan, contohnya pesakit yang lemah daya ketahanan badan dan mereka yang baru menerima suntikan vaksin. Kemungkinan reaksi kimia juga boleh berlaku antara steroid dan ramuan lain dalam sesuatu produk. Sekiranya reaksi kimia menghasilkan bahan toksik terhadap badan, pengguna berisiko mengalami kesan sampingan yang ada kalanya boleh membawa maut.Walaupun Steroid mempunyai pelbagai manfaat, tetapi penambahannya secara tidak terkawal ke dalam ubatan tradisional akan lebih mengundang mudarat. Ini kerana, pengguna tidak tahu banyak mana penambahan bahan ini ke dalam sediaan ubat tersebut. Keadaan ini meningkatkan risiko pengguna mengambil dos berlebihan dan mendapat kesan sampingan akibat penggunaan jangka panjang ubatan tradisional. Selain itu, sesetengah pesakit tidak boleh mengambil steroid atas faktor kesihatan, contohnya pesakit yang lemah daya ketahanan badan dan mereka yang baru menerima suntikan vaksin. Kemungkinan reaksi kimia juga boleh berlaku antara steroid dan ramuan lain dalam sesuatu produk. Sekiranya reaksi kimia menghasilkan bahan toksik terhadap badan, pengguna berisiko mengalami kesan sampingan yang ada kalanya boleh membawa maut.

Kesan Sampingan Penggunaan Steroid

Penggunaan steroid dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan pengguna mengalami pertambahan berat badan mendadak kerana peningkatan selera makan, muka menjadi sembab (moon face), keguguran rambut, masalah jerawat, penipisan kulit, pening dan mual. Penggunaan tanpa kawalan juga boleh mengakibatkan pendarahan usus, peningkatan paras gula, ketidakseimbangan hormon, pengumpulan lemak dan kegagalan buah pinggang. Pengambilan jangka masa panjang boleh mengakibatkan risiko penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan tulang rapuh.

Umumnya, hampir semua organ dalam badan kita boleh terkesan dengan pengambilan steroid tanpa kawalan dan pemantauan. Maka sangatlah berisiko tinggi jika kita terdedah kepadanya melalui pengambilan produk tradisional yang dicampurpalsu dengan steroid yang biasanya diambil tanpa nasihat dan pemantauan doktor. 

Apakah yang Anda Perlu Lakukan Sebagai Pengguna

  1. Jangan terlalu mudah percaya kepada testimoni yang diiklankan berhubung sesuatu produk tradisional.
  2. Pilih produk yang berdaftar dengan KKM:Walaupun anda ingin memilih produk yang dikatakan berdaftar oleh penjual, semak dahulu kesahihan pendaftarannya di laman sesawang NPRA. Pastikan nombor pendaftaran sepadan dengan nama produk serta produk tiada dalam senarai yang telah dibatalkan pendaftarannya.
  3. Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi:Semasa mendapat rawatan, anda perlu maklumkan kepada doktor, ahli farmasi atau jururawat berkaitan sebarang produk yang sedang atau telah digunakan, termasuk produk tradisional atau suplemen kesihatan.
  4. Berwaspada jika produk tradisional memberikan kelegaan/kesembuhan yang sangat cepat:Produk dengan ramuan semulajadi biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk memberikan kesembuhan. Jika sesuatu produk tradisional didapati memberikan kesembuhan dalam masa yang pantas, sebagai contoh kesakitan hilang dalam tempoh satu hari pengambilannya, ia mungkin dicampurpalsu dengan ubat terkawal.kesembuhan. Jika sesuatu produk tradisional didapati memberikan kesembuhan dalam masa yang pantas, sebagai contoh kesakitan hilang dalam tempoh satu hari pengambilannya, ia mungkin dicampurpalsu dengan ubat terkawal.
  5. Membuat aduan/laporan kepada KKM:Pengguna boleh melaporkan kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil (termasuklah produk tradisional) dengan menghubungi terus pihak NPRA melalui telefon (03-7956 7151) atau emel (fv@npra.gov.my) atau menggunakan borang dalam talian yang disediakan di laman sesawangnya. Orang awam juga digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penjualan produk tidak berdaftar atau mencampurpalsu produk dengan bahan terlarang di sekitar mereka. Maklumat seumpama ini adalah sangat penting untuk memastikan tindakan boleh diambil bagi menghentikan pengedaran dan penjualan produk berbahaya di pasaran. 

Peranan Pengusaha atau Pengeluar Produk Tradisional

Pengusaha atau pengeluar produk tradisional perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mereka bagi memastikan bahawa produk jenama mereka selamat, berkualiti dan berdaftar dengan KKM. Menambah bahan aktif ubat terkawal dengan tujuan meningkatkan keberkesanan bagi mengaut keuntungan segera adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang. Semua kriteria untuk mendaftar sesuatu produk tradisional perlu diteliti dan dipatuhi termasuklah aktiviti selepas pendaftaran seperti syarat-syarat pengiklanan produk dan pemantauan kesan sampingan. Sebelum diluluskan pendaftarannya, setiap produk perlu menjalani penilaian khusus untuk memastikan keselamatan dan kualitinya termasuklah menjalani analisa makmal untuk mengesan kehadiran bahan terlarang atau bahan yang biasa dicampurpalsu seperti steroid.

Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara juga menawarkan perkhidmatan analisa makmal tersebut kepada pengusaha/pengeluar produk dan juga kepada orang awam. Makmal ini boleh dihubungi seperti maklumat berikut:

No. telefon: 04-6532171/2172
 
ms10