Skip to main content

vcc

Mengapa ubat gigi Malaysia patut dilabel?

Oleh: natrah@usm.my

Baru-baru ini Pusat Racun Negara telah membuat satu pengumuman supaya semua ubat gigi berfluorid buatan Malaysia perlu dilabel. Ini berikutan satu perkembangan terbaru yang berlaku di Amerika Syarikat di mana pihak pengeluar ubat gigi telah dikenakan peraturan meletakkan label Amaran Khas tentang penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak khususnya. Sedangkan pengeluar ubat gigi di negara tersebut dan juga UK serta Australia telahpun melabelkan produk mereka sejak beberapa tahun dahulu. Soalnya mengapa di Malaysia ini tidak dilakukan selama ini?

Soal selidik mengenai ubat gigi di beberapa buah negeri di Malaysia antara April hingga Disember 1997 menunjukkan bahawa semua jenama ubat gigi baik untuk dewasa maupun kanak-kanak tidak mempunyai maklumat yang lengkap pada barangan tersebut. Lihat Jadual 1 di sebelah bagi rumusan soal selidik tersebut.

Keadaannya amat berbeza dengan ubat-ubat gigi yang di impot dari luar negara bagi jenama yang sama, baik untuk dewasa mahupun kanak-kanak (lihat Jadual 1).

Perlabelan ubat gigi berfluorida adalah penting memandangkan terdapat beberapa isu keselamatan yang penting perlu diketahui oleh para pengguna dan ibubapa seperti yang tertera dalam Jadual tersebut, terutama sekali apabila melibatkan kanak-kanak. Kalau tidak masakan jenama yang sama di label dengan begitu teliti termasuk disertakan tarikh luput? Ini jugalah sebabkan Amaran Khas tersebut dikenakan.

Oleh yang demikian para pengguna di Malaysia seharusnya mendapat perlindungan keselamatan yang sama. Dalam hal ini Pusat Racun Negara ingin menggesa agar semua pihak yang berwajib mengambil langkah yang sama untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terdedah pada sebarang risiko yang tidak menentu.

Soal selidik ubat gigi di pasaran Malaysia

  1. Bilangan jenama ubat gigi berfluorida untuk dewasa buatan Malaysia yang di kaji: 7
  2. Bilangan jenis ubat gigi berfluorida untuk dewasa buatan Malaysia yang dikaji: 10
  3. Bilangan jenama ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak buatan Malaysia yang dikaji: 4

Jadual 1: Perbandingan maklumat terdapat pada bungkusan ubat gigi (dalaman atau luaran)

Jenama

Buatan Malaysia

Buatan luar Malaysia*

Semua untuk Dewasa & Kanak-kanak

A1

A2

A3

A4

B

Maklumat yang tercatat

1. Nama bahan aktif

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

2. Nama bahan-bahan lain

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

3. Cara guna umum

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

4. Cara guna untuk kanak-kanak

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

5. Banyak mana perlu digunakan

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

6. Keperluan seliaan oleh ibubapa

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

7. Amaran khas

Tidak

Ya

Tidak

Tidak

Tidak

Tidak

8. Tarikh luput

Tidak

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

* Ubat gigi yang di import

A1 Jenama berfluorida daripada USA untuk dewasa.
A2 Jenama yang sama daripada UK untuk dewasa.
A3 Jenama yang sama daripada Thailand untuk kanak-kanak.
A4 Jenama yang sama daripada Australia untuk dewasa.
  B Jenama lain daripada UK untuk dewasa.

Catatan: Jenama A1 (USA), pada 7 April 1997, telah diminta oleh pihak FDA untuk meletakkan amaran khas seperti berikut:

"Keep out or children under 6 years of age. In case of accidental ingestion, see professional assistance or contact a Poison Control Centre immediately"

Terjemahan"Jauhi daripada kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Sekiranya tertelan dengan tidak sengaja, dapatkan bantuan profesional atau hubungi Pusat Kawalan Racun serta-merta."

Melainkan A1 dan A3 jenama A2, A4 dan B boleh dibeli di pasaran Malaysia sebagai barangan import.