Skip to main content

vcc

Penggunaan Ubat Untuk Jangkitan Semasa Mengandung, Adakah ia Selamat?

Oleh: Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup

sudut idpis2

Secara umumnya, prinsip rawatan masalah jangkitan kuman semasa mengandung adalah serupa bagi pesakit yang tidak mengandung. Walau bagaimanapun, preskripsi (pemberian) ubat kepada ibu yang mengandung boleh menimbulkan kesulitan (komplikasi) kerana kehadiran janin dalam kandungan ibu tersebut.

Ibu hamil kadang kala akan menghadapi masalah jangkitan kuman semasa mengandung, antaranya:

  • vaginitis - radang atau inflamasi pada bahagian faraj
  • sepsis saluran kencing - jangkitan yang teruk pada bahagian saluran kencing
  • chorioamnionitis - radang pada bahagian lapisan dalam sarung air ketuban
  • pelvik tromboflebitis - berlaku pergumpalan darah dan menyebabkan radang pada saluran darah bahagian punggung
  • mastitis - radang pada bahagian payudara

    Dalam masalah ini, profesional kesihatan akan memberikan ubat antibiotik (ubat yang akan membunuh kuman berkaitan) berdasarkan tahap jangkitan serta jenis kuman menjangkiti ibu tersebut. Antibiotik seperti kumpulan penisilin dan sefalosporin merupakan antibiotik pilihan utama untuk sebahagian besar masalah jangkitan yang dihadapi oleh ibu hamil. Oleh itu penggunaannya perlu diawasi. Apapun jangkitan yang dihadapi, ibu tersebut harus memberitahu doktor atau pengamal perubatan yang lain bahawa beliau sedang hamil. Apakah jenis ubat antibiotik yang sesuai serta selamat untuk janin yang dikandung? Jadual 1 di bawah akan memberi garis panduan ringkas berkaitan risiko penggunaan ubat antibiotik.

    Jadual 1

      Kumpulan Ubat Antibiotik Tempoh yang SelamatKomen
    Aminoglikosida trimester 3 boleh merosakkan sistem pendengaran
    Sefalosporin trimester 1, 2 dan 3 selamat digunakan (kecuali ubat baru)
    Kloramfenikol trimester 1 dan 2 Sindrom Bayi `Grey'
    Eritromisin trimester 1, 2 dan 3 elakkan ubat eritromisin estolat kerana boleh menyebabkan hepatitis pada ibu
    Isoniazid (untuk penyakit TB) tiada guna selepas bersalin; boleh menyebabkan hepatitis
    Rifampisin trimester 1 & 2 pendarahan
    Ubat malaria bergantung kepada jenis ubat Kuinin boleh menyebabkan kecacatan pada bayi, risiko keguguran
    Penisilin (kecuali ubat baru) semua selamat digunakan
    Kuinolon tiada penyakit pada bahagian sendi
    Sulfonamida trimester 2 kemungkinan kesan antifolat; risiko kerosakkan otak (kernikterus)
    Tetrasiklin tiada risiko pada bahagian hati ibu; pengubahan warna pada gigi bayi, masalah pembentukkan bahagian enamel pada gigi, merencat tumbesaran tulang bayi
    Trimetoprim trimester 1 & 3 risiko kecacatan pada bayi (kesan penentangan asid folik)