Tembakau, Kesihatan dan Islam: Apa kesudahannya?
Pada bulan Mac ini, genaplah dua tahun sejak mula-mula fatwa tentang merokok dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke-37 pada 23 Mac 1995 lalu. Tetapi ulang tahun kedua ini akan terus disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui tentang wujudnya fatwa tersebut. Oleh yang demikian tabiat merokok semakin berleluasa walaupun kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk membasmi tabiat yang hodoh ini di kalangan warga negara ini. Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya perihatin tentang kedudukan ummah terutama sekali di kalangan kaum remaja.
Fatwa yang memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram merupakan langkah permulaan yang amat baik. Malangnya usaha murni ini seolah-olah tidak berkecapaian. Perlaksanaannya terbengkalai sebegitu lama dan tidak menampakkan apa-apa tindak tanduk yang sistematik dalam memperkenalkannya kepada masyarakat Islam khasnya. Suara-suara sumbang telah mula kedengaran agar fatwa ini ditimbang semula.
Bulan Ramadhan, bulan tarbiyah yang amat baik, berlalu begitu saja tanpa sebarang kesungguhan untuk mengajak lebih ramai lagi perokok mengambil kesempatan bulan yang penuh berkat itu supaya berhenti daripada satu bentuk kemungkaran iaitu pembaziran sekurang-kurangnya. Kalau kita selalu diperingatkan tentang jangan membazir makanan semasa berbuka puasa dan pembaziran itu adalah amalan syaitan; tetapi pembaziran akibat tabiat merokok tidak dititikberatkan langsung. Apa lagi pembaziran merokok diiringi dengan berbagai kemudaratan. Dalam hal ini ramai di antara kita rasanya telah bersubahat tanpa disedari atau tidak. Ini adalah satu konflik paling besar yang mesti kita selesaikan bersama. Soalnya berapa lama lagi kita sanggup bersubahat untuk 'membunuh' masyarakat kita secara halus?
Namun Seminar Tembakau, Kesihatan dan Islam yang diadakan pada 3-5 Januari 1997 sempena menyambut bulan Ramadhan 1417 cuba mengajak kita berfikir semula tentang implikasi semua ini. Keluaran PenawaRacun kali ini disertakan laporan tentang seminar tersebut khususnya tentang amanat-amanat penting yang dapat diinsafi daripada kertaskerja-kertaskerja yang telah dibentangkan, maupun ucapan-ucapan yang diberikan semasa pembukaan seminar itu. Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri Seminar tersebut adalah diharapkan laporan ringkas ini akan membawa serba sedikit manfaat.
Memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan, para peserta telah sempat berbincang dan meluluskan beberapa resolusi secara teperinci seperti yang dimuatkan dalam halaman 2 dan 3 pada buletin kali ini. Adalah di harapkan bahawa resolusi-resolusi ini akan mendapat perhatian dan tindakan ke arah menyelesaikan masalah merokok di kalangan masyarakat kita amnya dan remaja khasnya dengan cara lebih menyeluruh. Namun demikian ini semua bergantung kepada kesedaran. Inilah sebenarnya kunci kejayaan untuk menghindarkan diri daripada mula merokok. Keadaan ini menjadi meruncing sekali memandangkan masalah remaja yang dikatakan kian melarat hari demi hari. Dan rokok jelas merupakan salah satu daripada salah laku yang sering diperhatikan oleh kita.
Dalam pada itu kita juga berdoa agar kita semua mendapat taufik dan hidayah serta kekuatan untuk menghidupkan semula fatwa pengharaman merokok tidak lama lagi.
RESOLUSI 1: TINDAKAN SUSULAN SEGERA | ||
---|---|---|
AKTIVITI | AGENSI TERLIBAT | TEMPOH |
|
Pihak masjid dan surau Pertubuhan Wanita Universiti Pertubuhan Islam Pusat Racun Negara Majlis Fatwa Negeri Majlis Belia |
Serta merta |
|
- | Jangka pendek |
RESOLUSI 2: PENDIDIKAN | ||
|
Sekolah-sekolah Institut Pengajian Tinggi Media massa Masjid dan surau CAP/FOMCA Jabatan Kesihatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Majlis Agama Islam negeri-negeri Pertubuhan wanita Kementerian Pendidikan Kementerian Penerangan Kementerian Belia dan Sukan |
Jangkamasa panjang |
|
- | - |
|
- | - |
|
- | - |
|
- | Berterusan |
|
- | Berterusan |
|
- | - |
|
- | - |
|
Paling Utama PPD dan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Semua peserta seminar |
Tiap-tiap bulan atau tahun
Serta merta |
|
Kementerian pendidikan Kementerian Kesihatan |
- |
|
AJK Kariah Masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jabatan Perdana Menteri Jabatan Agama Islam Pertubuhan Bukan Kerajaan Pusat Kesihatan Pemadam |
- |
RESOLUSI 3: TINDAKAN UNDANG-UNDANG/DASAR | ||
|
Majlis Agama Islam Kerajaan Tempatan Jabatan Kastam Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan Penghulu PDRM Majlis Tempatan JKKK & AJK Kariah |
Jangkamasa pendek
Jangkamasa panjang |
|
- | Setelah diwartakan |
|
Majlis Agama, Jabatan Penerangan Kementerian Kesihatan dan Badan-badan Dakwah |
Berterusan |
|
Majlis Agama Negeri | - |
|
Majlis Fatwa Kebangsaan | - |
|
Kementerian Kesihatan Kementerian Penerangan Kementerian Dalam Negeri |
- |
|
Majlis Agama, Jabatan Penerangan Kementerian Kesihatan dan Badan-badan Dakwah |
Berterusan |
|
Jabatan Penerangan Jabatan Penyiaran Finas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Majlis Tempatan Pertubuhan Sukan |
Serta merta
Berpanjangan |
|
Kementerian Kesihatan Kementerian Penerangan Majlis Kerajaan Tempatan |
Berterusan |
|
KBS/FINAS Kementerian Kebudayaan dan Pelancungan Pejabat Pendaftar Pertubuhan |
- |
|
- | - |
|
Majlis Tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kementerian Kesihatan |
Jangkamasa sederhana |
|
- | - |
|
Kerajaan | Berterusan |
RESOLUSI 4: PENYELIDIKAN | ||
|
Institut Pengajian Tinggi Pusat Racun Negara Kementerian Perusahaan Awam |
Berlanjutan |