Langkah-langkah mudah bagi mengelakkan keracunan Plumbum pada kanak-kanak
Langkah-langkah mudah bagi mengelakkan keracunan Plumbum pada kanak-kanak
Oleh: natrah@usm.my
Sentiasa bersihkan rumah anda daripada habuk.
Pastikan bahawa anda sentiasa menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah bagi mengelakkan plumbum yang terdapat pada habuk dan tanah daripada dibawa masuk ke dalam rumah.
Amalkan pemakanan yang sihat. Galakkan keluarga anda memakan buah-buahan, sayur-sayuran, makanan yang tinggi kandungan kalsiumnya (seperti susu, keju, dadih, tauhu ataupun kacang) dan makanan yang tinggi kandungan zat besinya (seperti daging, ayam, kismis dan buah-buahan yang dikeringkan).
Galakkan anak anda membasuh tangan dengan kerap terutamanya sebelum makan.
Jangan gunakan pinggan mangkuk yang telah lama, diimport daripada China ataupun dibuat dengan tangan untuk menghidang, menyedia ataupun menyimpan makanan ataupun minuman kecuali anda pasti ianya tidak mengandungi plumbum.
Elakkan daripada memilih hobi yang menggunakan plumbum.
Jangan gunakan ubat-ubatan ataupun alat dandanan diri yang mengandungi plumbum. Kebanyakan ubat-ubatan ini mengandungi plumbum yang banyak dan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami keracunan.
Sekiranya ditempat kerja anda ataupun kerja anda ada melibatkan penggunaan plumbum, tukarlah pakaian kerja anda dan seeloknya mandi dahulu sebelum pulang ke rumah.
Elakkan sama sekali daripada menggosok cat menggunakan kertas pasir, membakar ataupun mengikisnya kecuali anda telah pasti bahawa cat tersebut tidak mengandungi plumbum.
Jika anda hendak mengubah suai rumah anda, terlebih dahulu uji permukaan bercat di kawasan tersebut sama ada terdapat plumbum ataupun tidak.