Bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya berhenti merokok tanpa peningkatan berat badan?
Oleh: natrah@usm.my
- Tentukan anda mendapat sarapan pagi yang baik
- Kurangkan atau hapuskan terus makanan ringan 'snek' diantara waktu makan
- Jika boleh, hindarkan kalori yang diproses sebanyak mungkin daripada makanan
- Hindarkan atau kurangkan makanan berlemak
- Hindarkan atau kurangkan makanan yang mempunyai banyak gula seperti:
- Aiskrim, gula-gula, kuih-muih.
- Bijirin yang dipermaniskan
- Minuman ringan atau minuman buah-buahan yang dipermaniskan (minum air buah-buahan segar dan bukan buah-buahan dalam tin)
- Awasi apa yang anda minum. Hindarkan meminum sebarang minuman beralkohol, teh, kopi dan minuman berkola. Minuman seperti ini mengandungi kafein yang boleh meransang anda untuk merokok. Begitu juga dengan alkohol.
- Kurangkan pengambilan lemak haiwan secara keterlaluan
- kurangkan daging (ikan dikecualikan)
- kurangkan lemak haiwan (gunakan susu skim bagi menggantikan susu penuh krim; kurangkan keju dan mentega)
- gunakan bahan sapuan pada roti yang tidak mengandungi banyak lemak dan berkrim. Gunakan pada jumlah yang kecil sahaja. Cuba gunakan mentega berkacang sebagai ganti mentega biasa.
- berhati-hati terhadap semua bahan-bahan yang digoreng atau dibakar - kebanyakkannya mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.