Skip to main content

vcc

Mematuhi Preskripsi Dalam Bulan Puasa

Oleh: natrah@usm.my

sudut idpis

Bulan puasa sudah tiba. Pengambilan ubat-ubatan sepatutnya jangan diabaikan. Bagi umat Islam yang terpaksa mengambil ubat untuk sesuatu penyakit dalam bulan Ramadhan ini, waktu mengambil ubat boleh diubahsuaikan. Berikut adalah panduan umum tentang cara mengubahsuai waktu mengambil ubat.

Sahkan dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang waktu-waktu ini. Ini kerana kebanyakan peraturan pengambilan ubat bergantung kepada jenis ubat yang dipreskripsikan dan juga penyakit yang dihidapi. Jika arahan yang terdapat pada preskripsi anda tidak seperti yang disenaraikan di bawah, rujuklah doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan pandangan mereka. PRN juga boleh dihubungi untuk tujuan ini. Selamat Berpuasa dan selamat menjaga kesihatan anda.

Jika arahan mengambil ubat adalah...Anda boleh....
1. Dua kali sehari selepas makan Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali lagi selepas bersahur
2. Tiga kali sehari selepas makan Mengikut arahan seperti 1 di atas dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. Namun demikian tentukan anda telah mengambil sedikit makanan sebelumnya.
3. Dua kali sehari sebelum makan Mengambil ubat sekali saja selepas berbuka
puasa dengan segelas air. Anda boleh makan
setengah hingga satu jam selepas mengambil
ubat. Pengambilan kedua haruslah setengah
hingga satu jam sebelum anda bersahur.
4. Tiga kali sehari sebelum makan Mengikut arahan seperti di 3 dan ambil satu kali lagi sebelum tidur.
5. Sekali sehari sebelum atau selepas makan Pilih masa yang amat sesuai untuk diri anda -
sama ada pada waktu berbuka puasa atau
bersahur, dan amalkan masa yang sama semasa Ramadhan.
6. Setiap lapan jam Arahan 2 atau 4 boleh digunakan bergantung
kepada sebelum atau selepas makan.

Cara Lain......Termasuklah Menukarkan kepada .......

  1. ..ubat bebasan tertahan. Sediaan ini membolehkan pesakit memakan hanya satu atau dua dos sehari. Teofilin untuk asma sebagai contohnya boleh didapati dalam bentuk ini.
  2. ..ubat "koyok" (seperti plaster). Pesakit tidak lagi perlu memakan ubat. Nitrogliserin untuk sakit jantung adalah contoh terbaik untuk sediaan seperti ini.
  3. ..ubat lain yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi tidak perlukan pengambilan yang kerap. Sebagai contoh, sekiranya pesakit memerlukan antibiotik ampisilin (1 kapsul empat kali sehari) untuk melawan jangkitan ubat ini boleh ditukarkan kepada bakampisilin yang hanya perlu diambil 2 kali sehari.
  4. ..selang waktu makan lain yang telah disahkan berkesan dan selamat. Simetidin untuk menyembuhkan ulser perut umpamanya, boleh diberikan empat kali, tiga kali, dua kali atau satu kali sehari. Yang bezanya adalah dosnya sahaja.

Ini adalah beberapa contoh pilihan lain yang ada. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk pilihan yang sesuai.