Skip to main content

vcc

Apakah Bahan yang Beracun?

Oleh: natrah@usm.my

Apa sahaja bahan yang anda makan, hidu atau sentuh yang menyebabkan penyakit atau maut boleh dianggap RACUN.
Kita tahu ada banyak jenis racun seperti plumbum dan arsenik. Tetapi ramai di antara kita tidak sedar bahawa kita boleh mengalami keracunan akibat penggunaan bahan-bahan seharian. Ini termasuk ubat-ubatan.
Di rumah kita terdapat banyak bahan-bahan yang boleh menjadi racun. Ketahuilah bahan-bahan ini dan lindungilah diri dan keluarga kita daripada bahaya akibat keracunan.
Kanak-kanak terutamanya sering terdedah kepada sediaan kimia di rumah. Antara bahan-bahan tersebut: 

  •  Amonia
  • Sediaan pencucian kereta
  • Peluntur
  • Kampor
  • Serbuk pencuci
  • Serbuk pencuci pinggan
  • Penggilap perabut
  • Minyak petrol
  • Bateri butang
  • Ubat-batan
  • Ubat gegat
  • Pencuci pengilap kuku
  • Turpentin
  • Bahan pencuci tandas
  • Pembunuh serangga
  • Rokok dan tembakau
  • Pewangi
  • Disinfektan
  • Pencuci longkang
  • Baja-baja tumbuhan
  • Pewarna rambut
  • Bahan pemetik api
  • Simen
  • Pengilap kuku
  • Bahan pencuci dapor
  • Zat besi

Ramai kanak-kanak mati akibat tertelan bahan-bahan beracun. Untuk melindungi anak-anak anda, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Simpan semua bahan beracun jauh daripada kanak-kanak.
  • Jangan sekali-kali simpan minyak tanah, minyak petrol atau lain-lain bahan beracun dalam botol minuman kerana kanak-kanak mungkin akan cuba meminumnya.