Skip to main content

vcc

Ubat Palsu: Melindungi Hak Pengguna

Oleh: natrah@usm.my

Baru-baru ini, isu ubat palsu didedahkan kepada pengguna bagi tujuan menyedarkan masyarakat tentang bahayanya menggunakan ubat yang tidak diiktiraf sebagai selamat oleh kerajaan. Dalam hal ini, walaupun jumlah ubat palsu yang berada di pasaran menjadi perbalahan di antara kedua-dua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kesihatan, namun hakikatnya adalah memang masih terdapat ubat palsu di pasaran Malaysia. Sekiranya ubat ini diguna oleh pengguna, kesihatan pengguna boleh terjejas. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang bagi menjamin pengguna memperolehi ubat-ubatan yang memenuhi kriteria selamat, berkualiti serta mendatangkan kesan, sikap tamak haloba serta tidak bertanggung jawab di kalangan segelintir individu boleh menyebabkan kesihatan pengguna terjejas atau pengguna menghadapi risiko maut. Ini adalah kerana ubat palsu tersebut dihasilkan di dalam operasi pengilangan tidak bersih, tiada kawalan mutu serta persekitaran yang tidak terkawal sehinggakan sebarang kemungkinan seperti pencemaran kuman atau kehadiran logam berat di dalam bahan mentah boleh berlaku. Oleh yang demikian, PenawarRacun kali ini menerangkan lebih lanjut tentang isu ubat palsu dengan menekankan kepada proses yang dilalui oleh sesuatu ubat sebelum ianya dipasarkan di Malaysia.