Jenis ubat yang dipalsukan
Oleh: natrah@usm.my
Kebiasaannya sesuatu ubat palsu dihasilkan mengikut sediaan ubat tulen yang diketahui amat popular digunakan oleh pengguna-pengguna di Malaysia. Berikutan rampasan ubat palsu yang dijalankan oleh unit penguatkuasaan ubat dan hal ehwal pengguna, ubat-ubat yang dikenalpasti termasuklah Panadol (ubat menghilangkan demam), Ponstan (ubat menghilangkan kesakitan), Vapex (ubat semburan hidung), Cortal (ubat menghilangkan demam), Eyemo (ubat titis mata), Optrex (ubat pencuci mata), Supradyne Forte (ubat vitamin), Vicks (salap meruap) dan krim Nivea.