Skip to main content

vcc

Tahukah Anda: Paralitic Shellfish Poisoning (PSP)

Oleh: natrah@usm.my

Kebanyakan kes keracunan Paralitic Shellfish Poisoning (PSP) melibatkan kerang-kerangan (contoh: kerang & kepah) yang dimasak. Memasak dengan apa cara sekalipun (contoh: membakar, merebus, mengukus atau menggoreng) kerang-kerangan yang telah tercemar dengan toksin tidak akan mengurangkan atau memusnahkan toksin tersebut.

Ads:

CARA TERBAIK UNTUK MENGELAKKAN KERACUNAN PSP

  1. Sentiasa peka dengan sebarang pengumuman atau amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan atau Kementerian Kesihatan berkaitan amaran ombak merah (red tide alert).
  2. Elakkan kaedah do-it-yourself dengan mencuba untuk menentukan sendiri sama ada kerang-kerangan toksik atau tidak kerana kerang-kerangan yang beracun
    tidak dapat dibezakan samada dengan cara
    melihat, merasa atau menghidu. Kaedah ‘cuba rasa’ bukanlah kaedah yang betul untuk menentukan ketoksikan kerana setiap individu mungkin mempunyai reaksi yang berbeza terhadap PSP.
  3. Meletakkan kerang di bibir dan menunggu sehingga wujud sensasi kebas juga bukan cara untuk menentukan tahap ketoksikan kerang-kerangan.
  4. Elakkan minuman beralkohol kerana ia akan mempercepatkan penyerapan toksin di dalam badan.