Skip to main content

vcc

Bagaimana Nikotin BOLEH MENYEBABKAN Ketagihan?

Oleh: natrah@usm.my

Setiap kali rokok dinyalakan, nikotin serta pelbagai bahan kimia lain yang disedut daripada asap rokok akan diserap oleh tubuh. Nikotin boleh menjejaskan banyak bahagian tubuh manusia; ia akan menganggu sistem pencernaan, menyebabkan degupan jantung menjadi kencang, mempercepatkan denyutan nadi, meningkatkan tekanan darah dan juga menjadikan saluran darah menjadi sempit yang menganggu pengaliran darah dalam tubuh.

69ms3

69ms3a

Apabila seseorang perokok cuba untuk berhenti merokok, pada awalnya ia akan menjadi kurang fokus, mudah marah dan menjadi agresif—sindrom sarak nikotin. Jika ia berjaya melawan gejala ini dan terus tidak mengambil nikotin, reseptor neuron yangmengikat nikotin akan semakin berkurang dan gejala sarak nikotin juga menurun. Otak tidak lagi bergantung kepada nikotin untuk berasa tenang dan gembira. Ketagihan nikotin adalah satu gejala yang serius. Dapatkan bantuan profesional untuk berhenti merokok di jomquit.moh.gov.my

69ms3b                 69ms3c

69ms3d