| oleh Sulastri Samsudin
Termometer merupakan alat penting dalam pemantauan suhu badan seseorang, khususnya bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Terkini, terdapat pelbagai teknologi digunakan dalam termometer termasuklah dalam bentuk digital dan elektronik. Dalam kecanggihan teknologi termometer, mungkin masih ada yang menggunakan termometer merkuri untuk mengukur suhu badan.Termometer merupakan alat penting dalam pemantauan suhu badan seseorang, khususnya bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Terkini, terdapat pelbagai teknologi digunakan dalam termometer termasuklah dalam bentuk digital dan elektronik. Dalam kecanggihan teknologi termometer, mungkin masih ada yang menggunakan termometer merkuri untuk mengukur suhu badan.
Merkuri atau raksa, wujud dalam 3 bentuk iaitu elemental, organik dan bukan organik. Merkuri dalam termometer adalah daripada jenis elemental. Kesan dan penyerapan merkuri adalah berbeza mengikut jenis merkuri. Artikel ini hanya akan membincangkan berkenaan merkuri elemental.
BAGAIMANA anda mengetahui sama ada termometer tersebut mengandungi merkuri atau tidak?
Berikut adalah langkah mudah untuk mengenalpasti merkuri (elemental) dalam termometer:
ADAKAH merkuri berbahaya?
Sekiranya termometer merkuri di rumah anda pecah, JANGAN PANIK! Ini kerana, risiko keracunan jika tersentuh atau tertelan merkuri dalam termometer adalah rendah. Merkuri elemental tidak diserap melalui kulit atau sistem penghadaman yang sihat dalam jumlah yang kecil (tidak melebihi 2 sudu besar). Kebanyakan termometer untuk mengukur suhu badan hanya mengandungi 0.5-0.6 gram merkuri.
Bagi sesetengah individu yang sensitif, sentuhan pada merkuri mungkin menyebabkan kesan kerengsaan pada kulit. Perlu diingat bahawa merkuri elemental sangat mudah meruap pada suhu bilik dan membebaskan wap merkuri dan sekiranya terhidu ia akan diserap melalui paru-paru ke dalam sistem tubuh. Ini boleh mengakibatkan gejala buruk kepada kesihatan.
APAKAH KESAN merkuri kepada KESIHATAN?
Merkuri boleh mengakibatkan kesan seperti batuk, kesukaran untuk bernafas, sakit dada, sakit kepala, lemah anggota badan, berpeluh, rasa logam dalam mulut, loya, muntah serta cirit-birit sekiranya terhidu dalam kepekatan yang tinggi. Kesan lebih teruk akan berlaku sekiranya jumlah yang banyak diserap ke dalam badan. Kebanyakan gejala keracunan merkuri tertumpu di bahagian paru-paru seperti kecederaan paru-paru akut, sel paru-paru membengkak dan paru-paru berair.
Pendedahan dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan mangsa mengalami gangguan pada saraf dan mental seperti perubahan tingkahlaku, halusinasi, sukar tidur, kelesuan, hilang ingatan, tangan menggeletar serta kerosakan buah pinggang. Kanak-kanak yang terdedah kepada merkuri pula bermungkinan mengalami acrodynia iaitu gejala seperti kekejangan dan kesakitan yang amat pada kaki dan tangan, mudah terganggu, banyak berpeluh, tekanan darah tinggi, ruam panas serta kulit kemerahan dan mengelupas.
Justeru itu, jangan sesekali ambil mudah kaedah pembersihan dan pelupusan merkuri elemental. Pada masa yang sama, jangan pula terlalu panik kerana tindakan yang salah boleh memburukkan lagi keadaan.
APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN JIKA BERLAKU TUMPAHAN MERKURI