Skip to main content

vcc

Acrylonitrile - Apa yang perlu anda tahu?

Oleh: Nur Afni Amir
  1. Acrylonitrile boleh diserap masuk ke dalam badan melalui pendedahan secara oral, sedutan atau melalui kulit.
  2. Di dalam badan, Acrylonitrile akan dihuraikan kepada bahan yang sangat toksik iaitu cyanide.
  3. Acrylonitrile tidak terkumpul di dalam badan, sebahagian besar jumlah yang diserap masuk akan dirembes keluar melalui air kencing dalam masa 24-48 jam selepas pendedahan.
  4. Acrylonytrile mempunyai bau seperti bawang putih tetapi bau ini bukanlah indikator yang baik untuk memberi amaran tentang tahap bahaya di sesuatu kawasan.
  5. Kanak-kanak yang terdedah kepada bahan ini dalam kepekatan yang sama dengan orang dewasa mungkin akan menyerap dos yang lebih banyak kerana ruang permukaan paru-paru kanak-kanak adalah lebih luas berbanding nisbah berat badan mereka.

Apa berlaku jika anda terdedah kepada Acrylonitrile?

  1. Anda mungkin tidak akan mendapat kesan serta merta selepas terdedah tetapi gejala keracunan dijangka akan berlaku dalam tempoh 4 hingga 12 jam akibat pembebasan agen toksik cyanide di dalam badan.
  2. Apakah kesan-kesan keracunan yang perlu dipantau sekiranya anda berada atau terdedah di kawasan yang berisiko?
    • Muntah
    • Loya
    • Cirit birit
    • Bersin
    • Kerengsaan mata
    • Sakit kepala
    • Lemah
  3. Kesan keracunan yang teruk akan menyebabkan:
    • Laktik asidosis (keadaan di mana asid laktik terkumpul secara berlebihan di dalam darah sehingga menyebabkan pH darah menjadi terlalu berasid)
    • Kadar denyutan jantung menjadi laju
    • Pendarahan di dalam perut
    • Anemia (kekurangan sel darah merah di dalam badan)
    • Kegagalan fungsi buah pinggang
    • Hepatitis
    • Sawan
    • Koma
    • Kegagalan pernafasan
  4. Kesan pendedahan melalui kulit
    • Keradangan kulit
    • Rasa terbakar pada kulit
    • Kulit menggelembung dan berair