Keracunan makanan sering berlaku terutamanya di negara yang agak panas seperti negara kita, Malaysia. Mengikut sumber tertentu anggaran 2000 orang mengalami keracunan makanan setiap tahun.
Statistik Keracunan Makanan
Dalam tahun 1984 bilangannya adalah seramai 1417 orang dan ini meningkat kepada 3568 pada tahun 1989. Antara Januari 1988 dan Mei 1989, 29 kematian berlaku akibat keracunan makanan. Malah ramai di antara kita mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Tetapi tidak ramai yang menyedarinya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggapkan bahawa ini adalah satu masalah sejagat. Walhal keadaan ini mudah dielakkan jika berwaspada.
Apakah yang menyebabkan keracunan makanan?
Ini boleh disebabkan oleh 'kuman' atau mikro-oganisma, racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Keracunan akibat 'kuman' khususnya, berlaku apabila keadaan persekitaran yang ada menggalakkan 'kuman' tersebut hidup dengan meluas. Misalnya dalam cuaca yang panas, lembab dan kotor. 'Kuman' ini boleh juga menghasilkan racun dan bahan-bahan kimianya tersendiri. Baru-baru ini kes 'nasi kandar' telah dilaporkan mempunyai banyak 'kuman'. Kuman atau bakteria yang terlibat boleh menyebabkan penyakit seperti taun (kolera), kepialu (tifoid) dan hepatitis. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui makanan sekiranya tukang masak itu sendiri menghidapi penyakit tersebut.
Bagaimana bakteria muncul dalam makanan kita?
Ini boleh berlaku melalui tiga cara:
Apakah jenis makanan yang sering dipengaruhi bakteria?
Ini adalah makanan seperti:
Apakah contoh-contoh keadaan yang menggalak-kan bakteria mencemari makanan?
Antara contoh yang sering berlaku, termasuklah:
Apakah tanda-tanda keracunan makanan?
Umumnya ini termasuk rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit (diarea), pening-pening serta gangguan perut. Ada juga yang lebih serius, yang mana ia melibatkan keracunan sistem saraf. Keadaan in lebih berbahaya bagi kanak-kanak.
Tanda-tanda khusus walau bagaimanapun bergantung kepada jenis kuman dan penyakit yang terlibat seperti yang ditunjukkan pada Jadual l. Setiap keadaan mempunyai masa mula yang agak berbeza.
Jadual 1 - Tanda-tanda penyakit tertentu akibat keracunan
Shigeliosis atau Disenteri : Tanda-tanda mula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum berlaku juga darah, nanah atau lendir dalam najis.
Keracunan akibat kuman Staphylococcus : Ini keadaan yang agak sering belaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.
Penyakit Gastrousus : Tanda mula 24-jam, dengan mengalami diarea, mual dan muntah-muntah; berlarutan untuk beberapa hari.
Salmonelosis : Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam.
Gastroenteritis : Tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umumnya, demam dan kelesuan mungkin berlaku, seolah-olah penyakit flu. Jika tidak dirawat boleh menjadi penyakit yang lebih teruk lagi (seperti limfadenitis. artritis).
Bagaimana untuk mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan: