Skip to main content

vcc

PENAWAR 70 - WEBINAR Tumbuhan dengan Khasiat Perubatan: Manfaat atau Mudarat? pada 30 Mac 2022

Oleh: natrah@usm.my

70aktiviti5

PRN dengan kerjasama Malaysian Society of Toxinology, Remote Envenomation Consultancy Services dan Special Interest Group in Clinical Toxinology, College of Emergency Physician telah menganjurkan webinar “Tumbuhan dengan Khasiat Perubatan: Manfaat atau Mudarat?” bersempena Minggu Pencegahan Keracunan Kebangsaan (MPKK) 2022 pada 30 Mac 2022.

Lebih kurang 1300 peserta yang mendaftarkan diri telah diperkenalkan kepada beberapa jenis tumbuhan semulajadi yang mempunyai khasiat perubatan namun jika tidak digunakan secara selamat boleh menyebabkan keracunan.

Webinar ini juga turut mendedahkan para peserta kepada rawatan klinikal sedia ada serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh semua untuk mengelakkan keracunan daripada berlaku.