Seminar Siri 1 dan 2 anjuran Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah diadakan pada 6 dan 27 Mac 2022 bermula 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari melalui platform Webex dan disiarkan secara rasmi melalui Youtube Live mQuit Channel.
Seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada semua golongan masyarakat berkaitan kesan dan akibat penggunaan rokok elektronik atau vape dalam usaha penggubalan polisi baru berkaitan produk tembakau dan vape.
Program ini telah dijayakan oleh beberapa panel jemputan termasuk pegawai farmasi daripada Pusat Racun Negara iaitu:
Webinar Siri Satu mensasarkan petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan sendiri dan dihadiri lebih 500 orang. Manakala Siri Dua pula mensasarkan warga Institusi Pengajian tinggi dengan penyertaan lebih 100 orang.