Skip to main content

vcc

PENAWAR 69 - Kursus Penghasilan Produk Kosmetik yang Terjamin Kualiti dan Selamat 2021

Oleh: natrah@usm.my

69kursus 26Okt21

Pusat Racun Negara telah menganjurkan Kursus Penghasilan Produk Kosmetik Yang Terjamin Kualiti dan Selamat yang telah
diadakan pada 26-28 Oktober 2021.

Kursus secara dalam talian ini telah disertai oleh 60 orang peserta dari seluruh Malaysia.

Tujuan utama kursus ini dianjurkan adalah untuk membantu pemilik dan pengilang produk kosmetik serta individu yang baru berminat untuk menceburi bidang ini memperoleh ilmu asas utama dalam memastikan produk kosmetik yang dihasilkan
berkualiti, selamat seterusnya bernotifikasi.

PRN telah berjaya mengumpulkan penceramah yang pakar dalam bidang masing masing iaitu:
1. Encik Azaharudin Awang Ahmad, Ketua Makmal Toksikologi, PRN
2. Puan Sazaroni Md Rashid, Pegawai Farmasi Unit Maklumat Ubat dan Racun, PRN
3. Puan Nur Diyana Che Ismail, Pegawai Farmasi Seksyen Kosmetik, NPRA
4. Coach Lily Sabrina, Perunding Keusahawanan dan Perniagaan Bertauliah
5. Dr Suhana@Husin Misnan, Pengasas Ensu Lifesciences

69kursus 26Okt21a