Skip to main content

vcc

Tahukah Anda: Saxitoksin

Oleh: natrah@usm.my

Saxitoksin adalah toksin saraf yang lebih toksik daripada ejen saraf sintetik sarin.  Toksin ini terhasil daripada tindakbalas semulajadi spesis alga dan bakteria di dalam laut.  Dos sebanyak 0.5mg dapat membunuh seorang manusia dewasa dengan melumpuhkan sistem pernafasan. Disebabkan oleh ketoksikannya, saxitoksin dikelaskan sebagai bahan yang berpotensi digunakan sebagai senjata kimia dan disenaraikan sebagai bahan kimia di dalam Jadual 1 Konvensyen Senjata Kimia. Namun sehingga kini, saxitoksin tidak pernah digunakan dalam mana-mana peperangan sebagal senjata kimia. Sebab utama saxitoksin tidak digunakan secara meluas sebagai agen peperangan adalah kerana ia sangat sukar diekstrak dalam jumlah yang besar sekaligus menjadikan proses untuk mendapatkannya tidak praktikal.

Ads:

tahukah anda