Skip to main content

vcc

PRN lancarkan Home Page

Oleh: Kamilah Beran

Pusat Racun Negara telah mengembangkan perkhidmatannya secara global apabila melancarkan Halaman Induknya (Home Page) sendiri pada 19 April lepas. Dengan pelancaran Halaman Induk yang dinamakan Malaysian Drug & Poison Net (ringkasnya PRN-Net) menjadikan ia satu-satunya Halaman Induk seumpamanya di rantau ini.

Sejak beroperasi awal tahun lepas, PRN telah menyediakan pelbagai perkhidmatan berkenaan ubat-ubatan, kesihatan dan keracunaan melalui buletin-buletin terbitan PRN, artikel-artikel dalam akhbar-akhbar utama dan juga mengendalikan panggilan melalui telefon. Yang terbaru ialah PRN telah bekerjasama dengan RTM TVl dan Radio 3 Pulau Pinang. Pembinaan PRN-Net yang telah dimulakan sejak enam bulan lalu memberi peluang kepada PRN untuk memperluaskan perkhidmatan tersebut secara global di samping berkongsi pengalaman dengan sumber-sumber lain dan pengguna Internet di Malaysia mahupun luar negara.

PRN-Net dibina dengan hasrat untuk mencapai misi dan objektif berikut:

MISI
"memupuk kesihatan dalam masyarakat bermaklumat dan memberi maklumat bagi masyarakat sihat"

 

OBJEKTIF
  • mencapai misi PRN dengan menyediakan persekitaran maklumat yang dinamik
  • melengkapkan semua perkhidmatan yang disediakan oleh PRN melalui Internet secara mendalam
  • memupuk keperihatinan masyarakat dengan menyambungkan kepada rangkaian sumber-sumber maklumat yang terpilih
  • menyediakan satu 'gateway' baik secara nasional atau global berkenaan kesihatan dengan penumpuan terhadap ubat-ubatan dan racun.
 
 

PRN-Net terbuka kepada semua golongan pengguna Internet baik masyarakat umum mahupun ahli profesional. Ia boleh dicapai melalui salah satu dari 3 cara berikut:

  1. menggunakan alamat PRN-Net secara terus iaitu http://prn.usm.my
  2. melalui Halaman Induk USM iaitu http://www.usm.my di bawah R&D and Consultancy.
  3. melalui JARING (http://www.jaring.my) di bawah Malaysian World Wide Site - Health & Medicine.

PRN-Net bukan hanya menyediakan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti PRN bahkan juga isu-isu berkenaan keracunan yang berlaku di Malaysia dan luar negara. Apa yang lebih menarik ialah PRN-Net menyediakan cara yang mudah dan tepat bagi pengguna Internet berhubung dengan beberapa pelayan Web di seluruh dunia. Dengan ini, pengguna tidak perlu membuang masa untuk mendapatkan alamat pelayan-pelayan tersebut. Sehingga ini, tidak kurang dari 80 pelayan Web telah dipilih, yang mana maklumat didalamnya dirasakan dapat memberi manfaat kepada para pengguna sama ada sebagai rujukan profesional ataupun sekadar pengetahuan am sahaja.

Antara topik-topik utama PRN-Net ialah :

  • The Poisoned World - mengandungi maklumat mengenai kes-kes keracunan utama yang berlaku di seluruh dunia.
  • Traditional Malay Poisons - topik ini masih dalam proses pembinaan. Bertujuan menyediakan senarai tumbuhan beracun, senarai ular berbisa dan santau. Imej-imej dan maklumat bagi senarai tersebut akan dimasukkan dari masa ke semasa. Satu senarai rujukan moden dan klasik juga sedang disediakan bagi memudahkan pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenainya.
  • About the Net - menceritakan secara ringkas berkenaan PRN-Net. la menghubungkan kepada bahagian-bahagian lain dalam PRN-Net.
  • PRN Emergency & First Aid - menyediakan maklumat alamat dan nombor telefon semasa berlaku kes kecemasan di samping menghubungkan kepada pangkalan data First Aid untuk membantu menghadapai kes tersebut
  • PRN Bulletins & Articles - mengandungi semua buletin dari PRN (pm8099, PenawaRacun) dan semua artikel dari PRN yang tersiar dalam akhbar-akhbar dan majalah sejak dari tahun 1995 hingga hari ini yang mana ianya melibatkan lebih daripada 150 artikel yang telah dikurnpul.
  • News & Health Information - mengandungi ringkasan maklumat berkenaan keracunan dan kesihatan yang tersiar dalarn akhbar-akhbar utama di Malaysia dan sumber-sumber serantau bermula daripada bulan Oktober 1995. Berita-berita ini akan disenaraikan mengikut minggu bagi setiap bulan berserta dengan ringkasan berita dan sumber rujukannya. Sasaran utama bahagian ini ialah untuk memberitahu pengguna mengenai kejadian-kejadian keracunan di seluruh negara setiap hari. Berita-berita berkaitan dengan kesihatan pada peringkat antarabangsa (termasuk keracunan) juga disambungkan ke bahagian ini yang mana sumber utama maklumat-maklumat ini adalah New York Times Your Health Daily, Reuters Health Information Services dan USA Today, Health.
  • Continuing Education & Meetings - menyediakan versi elektronik program 'Continuing Education on Clinical Toxicology' (CECT) yang terdapat dalam buletin pm8099. Ia juga menyediakan senarai program-program pendidikan lanjutan dalam bidang toksikologi dan farmakologi dari pelayan Web di seluruh dunia di samping senarai persidangan antarabangsa dan mesyuarat yang akan berlangsung sehingga tahun 2000. Ini akan memudahkan lagi penyelidik dan saintis yang berminat untuk mengembangkan lagi pengetahuan mereka mengenai toksikologi dan bidang-bidang lain menyelaraskan dan menetapkan penyertaan dan kehadiran dalam sesuatu seminar.
  • PRN Consult - mengandungi maklumat yang terdapat dalam tajuk PRN Consult bagi setiap buletin pm8099 yang telah diterbitkan. Menyediakan ulasan mengenai berbagai jenis bahan beracun dan membincangkan mengenai cara-cara menangani kes-kes keracun sesuatu bahan dan cara merawatnya. Selain daripada itu, ia juga membincangkan aspek-aspek toksikologi sesuatu kes itu. Setiap ulasan juga disertakan dengan Rujukan Segera (ELCA) yang mana merupakan ringkasan daripada kesesuaian untuk Emesis, Lavage, rawatan menggunakan Charcoal dan penggunaan Antidote. Sehingga hari ini, 8 bahan - drug ataupun bukan - telah disunting dan dimasukkan ke dalam PRN-Net.
  • PRN Links - merupakan satu 'gateway' kepada lebih dari 80 pelayan Web yang dirasakan akan memberi manfaat kepada pengguna Internet. Pelayan Web yang telah dipilih terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Ubat-ubatan, Bahan Kimia, Bantuan Kecemasan, Makanan, Hazmat (bahan-bahan berbahaya), Racun Makhluk Perosak dan Racun. Selanjutnya ia akan dikembangkan lagi bagi meliputi racun-racun semulajadi daripada haiwan dan juga tumbuhan. Bahagian ini akan sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa.
  • PRN Index - menyediakan senarai indeks semua artikel yang diterbitkan oleh PRN sepanjang tahun 1995 dan akan dikemaskini setiap tahun. Ia bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan bahan terbitan Pusat Racun Negara melalui Internet. Indeks ini adalah berdasarkan kepada Library of Congress Classification Systems, 18th edition, 1995.

Maklumat-maklumat di dalam PRN-Net ini akan sentiasa dikemaskini untuk mencapai misi di samping lebih banyak imej akan dimasukkan untuk melengkapkan maklumat-maklumat tersebut. Adalah diharapkan PRN-Net ini akan dapat memperlengkapkan perkhidmatan PRN yang telah sedia ada. Pengguna-pengguna Internet di Malaysia mahupun di luar negara diharapkan akan menggunakan perkhidmatan PRN-Net ini ke arah memupuk masyarakat bermaklumat yang sihat di dalam persekitaran maklumat yang dinamik.