Skip to main content

vcc

Penggunaan Minyak Pati Secara Selamat

Oleh: Nur Afni Amir

 

69ms1

Penggunaan minyak pati secara selamat sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna. Yang dimaksudkan dengan penggunaan secara selamat ialah ia harus digunakan mengikut arahan penggunaan yang betul. Contohnya, minyak pati yang digunakan untuk dihidu tidak semestinya selamat untuk dimakan.

Kebanyakan pengguna beranggapan bahawa minyak pati tidak berbahaya kerana ia merupakan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi. Namun harus diingat, SEMULAJADI TIDAK SEMESTINYA SELAMAT.

Setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza terhadap minyak pati, begitu juga kesan terhadap ubat dan produk sintetik yang lain. Sebagai contoh, ada individu yang mungkin mendapat reaksi alahan, berbanding individu lain yang tidak mempunyai masalah dengan penggunaan dos atau bahan yang sama.

Selain daripada itu, risiko untuk berlaku keracunan tetap ada dan ia bergantung kepada dos atau kepekatan, jenis, dan cara penggunaan minyak pati tersebut. Kanak-kanak dan wanita mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kesan toksik berbanding individu biasa.

Secara umum, minyak pati mempunyai sifat larut lemak. Ia sangat mudah diserap ke dalam badan melalui membran mukus dan kulit.

Berikut merupakan perkara penting yang harus diberi perhatian tentang jenis minyak pati yang berisiko tinggi menyebabkan keracunan.