Skip to main content

vcc

Potensi Kanabis dalam Bidang Perubatan

Oleh: Nur Azzalia Kamaruzaman

ms2

Ganja merupakan perkataan yang sering digunakan untuk merujuk kepada kanabis dan marijuana dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, kanabis yang dianggap sebagai ‘wonder drug’ atau ubat ajaib dalam kalangan penggunanya telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak 3000 tahun yang lalu. Ia mengandungi lebih daripada 400 bahan kimia. Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD) merupakan dua bahan aktif utama kelas cannabinoid yang paling banyak dijumpai dalam kanabis. THC dikenali disebabkan tindakannya yang merangsang psikologi dan menyebabkan kesan khayalan atau ‘high’ untuk penggunaan rekreasi, manakala CBD kini telah banyak menarik perhatian dunia atas pelbagai peranannya dalam kegunaan perubatan tanpa menjejaskan psikologi pengguna.Ganja merupakan perkataan yang sering digunakan untuk merujuk kepada kanabis dan marijuana dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, kanabis yang dianggap sebagai ‘wonder drug’ atau ubat ajaib dalam kalangan penggunanya telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak 3000 tahun yang lalu. Ia mengandungi lebih daripada 400 bahan kimia. Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD) merupakan dua bahan aktif utama kelas cannabinoid yang paling banyak dijumpai dalam kanabis. THC dikenali disebabkan tindakannya yang merangsang psikologi dan menyebabkan kesan khayalan atau ‘high’ untuk penggunaan rekreasi, manakala CBD kini telah banyak menarik perhatian dunia atas pelbagai peranannya dalam kegunaan perubatan tanpa menjejaskan psikologi pengguna.

Cannabinoid merupakan bahan kimia yang merangsang reseptor cannabinoid dalam tubuh manusia. Rangsangan CBD terhadap reseptor cannabinoid 1 dan 2 (CB1 dan CB2) akan merangsang pelbagai aktiviti terapeutik seperti mengurangkan rasa sakit, meningkatkan selera makan, fungsi imuniti dan sistem tubuh badan yang lain. Dalam tubuh manusia, lokasi CB1 ialah pada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferal, dengan majoriti reseptor di dalam otak. CB2 pula terletak pada sel imun, tisu limfoid dan terminal periferi. Mekanisme sebenar CBD masih tidak begitu jelas dan memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Terdapat banyak bukti klinikal dan anekdot yang mengetengahkan manfaat CBD dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, peranan terapeutik CBD yang paling dikenali adalah dalam rawatan untuk sindrom Dravet. Sindrom Dravet merupakan penyakit epilepsi kanak-kanak yang jarang berlaku dan sukar dirawat. Penyakit ini mempunyai tahap rintangan yang tinggi terhadap rawatan yang disediakan. Pesakit mendapat serangan sawan dengan kerap sehingga ada kalanya boleh mencapai ratusan serangan sawan dalam masa sehari. Penyakit ini boleh menjadi bertambah teruk apabila pesakit membesar dan boleh mengakibatkan kematian. Kes terkenal yang menarik perhatian dunia pada potensi CBD sebagai ubat adalah berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang berasal dari Colorado, Amerika Syarikat yang bernama Charlotte Figi. Dia menghidap sindrom Dravet semenjak berumur 3 bulan. Penyakit berkenaan menyebabkan Charlotte Figi diserang 300 serangan sawan ‘grand mal’ seminggu, tidak berupaya untuk bergerak, bercakap dan makan. Malah, jantungnya telah berhenti beberapa kali akibat penyakit ini dan doktor telah mencetuskan koma bagi merehatkan badan dan otaknya. Ibu bapanya telah mencuba pelbagai jenis rawatan akan tetapi semuanya gagal. Pada tahun 2012, semasa berusia 6 tahun, ibu bapanya dalam keadaan terdesak membuat keputusan untuk mencuba minyak kanabis yang mengandungi kandungan tinggi CBD kepada Charlotte Figi dan keadaannya bertambah baik. Serangan sawan hanya berlaku 2-3 kali sebulan, dan kebanyakannya berlaku dalam tidur dan sekarang dia merupakan seorang kanak-kanak yang aktif membesar, seperti kanan-kanak lain. Jenis kanabis istimewa itu sekarang dikenali sebagai ‘Charlotte’s Web’, sempena nama Charlotte Figi dan kini digunakan secara meluas untuk rawatan epilepsi dan penyakit lain.rintangan yang tinggi terhadap rawatan yang disediakan. Pesakit mendapat serangan sawan dengan kerap sehingga ada kalanya boleh mencapai ratusan serangan sawan dalam masa sehari. Penyakit ini boleh menjadi bertambah teruk apabila pesakit membesar dan boleh mengakibatkan kematian. Kes terkenal yang menarik perhatian dunia pada potensi CBD sebagai ubat adalah berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang berasal dari Colorado, Amerika Syarikat yang bernama Charlotte Figi. Dia menghidap sindrom Dravet semenjak berumur 3 bulan. Penyakit berkenaan menyebabkan Charlotte Figi diserang 300 serangan sawan ‘grand mal’ seminggu, tidak berupaya untuk bergerak, bercakap dan makan. Malah, jantungnya telah berhenti beberapa kali akibat penyakit ini dan doktor telah mencetuskan koma bagi merehatkan badan dan otaknya. Ibu bapanya telah mencuba pelbagai jenis rawatan akan tetapi semuanya gagal. Pada tahun 2012, semasa berusia 6 tahun, ibu bapanya dalam keadaan terdesak membuat keputusan untuk mencuba minyak kanabis yang mengandungi kandungan tinggi CBD kepada Charlotte Figi dan keadaannya bertambah baik. Serangan sawan hanya berlaku 2-3 kali sebulan, dan kebanyakannya berlaku dalam tidur dan sekarang dia merupakan seorang kanak-kanak yang aktif membesar, seperti kanan-kanak lain. Jenis kanabis istimewa itu sekarang dikenali sebagai ‘Charlotte’s Web’, sempena nama Charlotte Figi dan kini digunakan secara meluas untuk rawatan epilepsi dan penyakit lain.

Selain epilepsi, CBD kanabis juga dikatakan mempunyai potensi sebagai agen anti-tumor, anti-radang dan juga untuk rawatan ketagihan dadah serta beberapa lagi keadaan atau penyakit lain. Namun begitu kajian-kajian yang dijalankan dan bukti-bukti klinikal adalah masih kurang berbanding kajian untuk rawatan epilepsi. Menyedari tentang potensi untuk kegunaan terapeutik ini, beberapa negara telah mengubah persepsi dan dasar berkaitan kanabis.kegunaan terapeutik ini, beberapa negara telah mengubah persepsi dan dasar berkaitan kanabis. Uruguay, Kanada dan kebanyakan negeri dalam Amerika Syarikat telah mengesahkan penggunaan kanabis di sisi undang-undang untuk tujuan rekreasi dan perubatan. Beberapa negara lain seperti Belgium, Australia, Belanda, Chile, Jerman, Itali, Israel dan Mexico juga turut mengesahkan penggunaan kanabis di sisi undang-undang untuk tujuan perubatan sahaja. Malah, pada tahun 2018, Thailand telah meluluskan dadah jenis kanabis untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan, sekaligus menjadikan Thailand sebagai negara pertama di rantau Asia, yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia, dalam membenarkan penggunaan dadah tersebut. 

Stigma Masyarakat tentang Kanabis

Terdapat beberapa isu berkenaan kanabis yang menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara-perkara ini telah menimbulkan stigma yang membimbangkan rakyat Malaysia malah memburukkan reputasi kanabis sebagai satu bahan yang berpotensi memberikan manfaat dalam bidang perubatan.

Pelbagai pihak menganggap kanabis sebagai dadah mengkhayalkan yang merangsang halusinasi dan ketagihan.  Tanggapan mereka tidak salah sebenarnya, namun tanggapan mereka juga tidak benar 100%. Hal ini kerana kanabis sedemikian merupakan kanabis yang mempunyai komponen THC tinggi. THC merupakan cannabinoid yang bertanggungjawab dalam penggunaan rekreasi dalam kalangan pengguna untuk memberi kesan pada psikologi. Namun, kanabis yang digunakan untuk tujuan rawatan merupakan kanabis yang mempunyai komponen cannabinoid CBD yang tinggi. CBD tidak mengkhayalkan dan tidak memberikan kesan psikologi, malah berpotensi tinggi dalam memberi pelbagai kesan terapeutik. Untuk tujuan perubatan, hanya kanabis yang mempunyai kandungan CBD tinggi dan THC rendah perlu dipertimbangkan untuk memperolehi manfaatnya yang sangat bernilai.

Selain penyelidikan saintifik yang menilai kebaikan dan keburukan kanabis sebagai ubat, kajian terhadap implikasi penggunaan kanabis dalam jangkamasa panjang juga perlu dijalankan. Orang awam perlu diberi maklumat yang tepat dan kesedaran mengenai potensi sebenar kanabis sebelum mereka boleh membuat keputusan tentang pandangan mereka terhadap kanabis.

ms3 2