Skip to main content

vcc

Karnival Makmal Selamat: Toxland Adventure Peringkat Negeri Pulau Pinang

Oleh: Nur Afni Amir

ms6 1

Selaras dengan aspirasi untuk menjadikan universiti sebagai satu medan pemindahan ilmu, Pusat Racun Negara (PRN) dengan kerjasama Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) buat julung kalinya telah menganjurkan “Karnival Makmal Selamat: Toxland Adventure Peringkat Negeri Pulau Pinang” pada 16 Oktober 2019 bertempat di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia. Karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. 

ms6 2

Gambar 1: Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menyempurnakan gimik perasmian

Penganjuran Karnival Makmal Selamat: Toxland Adventure bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada pelajar sekolah tentang keselamatan bahan kimia yang melibatkan risiko bahaya bahan kimia, langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan keracunan dan rawatan pertolongan cemas jika berlaku sebarang keracunan di dalam makmal sekolah.Penganjuran Karnival Makmal Selamat: Toxland Adventure bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada pelajar sekolah tentang keselamatan bahan kimia yang melibatkan risiko bahaya bahan kimia, langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan keracunan dan rawatan pertolongan cemas jika berlaku sebarang keracunan di dalam makmal sekolah.

Program ini telah berjaya mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah program pendidikan ‘peringkat negeri’. Seramai 157 orang pelajar daripada 16 buah sekolah sekitar Pulau Pinang,Terengganu dan Perlis telah menyertai karnival manakala sebanyak 11 pempamer daripada pelbagai agensi turut serta memeriahkan aktiviti karnival. 

Pembangunan MODUL dan PEMAINAN INTERAKTIF:Pembangunan MODUL dan PEMAINAN INTERAKTIF:Karnival ini, modul dan set permainan interaktif Toxland Adventure: My Safe Lab dibangunkan untuk menyampaikan objektif karnival dengan suasana yang santai dan menyeronokkan. TOXLAND ADVENTURE: MY SAFE LAB terdiri daripada 6 permainan interaktif iaitu: 

ms6 3

Set permainan ini dipakejkan dengan satu modul lengkap yang membolehkan program seumpama ini diteruskan dan dikembangkan secara meluas di seluruh negara. PRN turut mengalu-alukan rakan strategik daripada jaringan industri mahupun agensi–agensi kerajaan yang berminat untuk bekerjasama bagi memastikan manfaat program ini dapat dilestarikan khususnya dalam menyampaikan pendidikan berkaitan keselamatan makmal.

Semoga dengan berakhirnya karnival ini, para peserta khususnya para pelajar dapat mempraktikkan amalan Makmal Selamat di sekolah seterusnya mewujudkan persekitaran makmal yang selamat daripada bahaya bahan kimia di makmal sekolah.

ms6 4

Gambar 2: Antara pelajar sekolah yang sedang mencuba salah satu aktiviti dalam pakej permainan Toxland Adventure: My Safe Lab