Skip to main content

vcc

Pelancaran Kempen Kediaman Selamat

Oleh: Sulastri Samsudin

 

main61

Sejarah berulang lagi! Pusat Racun Negara sekali lagi menganjurkan kempen kesedaran keselamatan kimia di rumah sebagai kesinambungan program pendidikan Living With The Enemy [LWTE]. Program kali ini diberi nama Kempen Kediaman Selamat yang mana ia telah mendapat sokongan dan pembiayaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan. Turut bekerjasama ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Pengguna Pulau Pinang. Program ini merupakan inisiatif PRN dalam usaha memberi pendidikan berkaitan keselamatan bahan kimia di rumah menggunakan kaedah dan suasana yang lebih santai, informatif dan menyeronokkan.

Kempen ini telah dirancang untuk dilaksanakan di lima daerah di Pulau Pinang dalam tempoh satu tahun yang mana kempen pengenalannya telah dilaksanakan dengan jayanya di Mydin Mall Bertam pada 17 November 2018. YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain, Exco Perdangangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal-ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang telah berbesar hati untuk merasmikan kempen kali ini.

Sokongan Kerajaan Negeri dari sudut kewangan dan teknikal telah membantu pelaksanaan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Seramai hampir 400 pengunjung berdaftar telah menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan dalam kempen ini. Antara tarikan utama kempen adalah aktiviti Toxland Adventure yang merupakan permainan pendidikan berkaitan toksikologi dan pencegahan keracunan seperti Fix the Fact, I’m a Hero, Hop & Help, My Lovely Home dan Asid@Alkali. Selain itu pengunjung juga boleh menyertai pertandingan melukis bagi kanak-kanak sekolah. Lebih menarik lagi, sesi perkongsian ilmu berkaitan keselamatan penyimpanan bahan-bahan kegunaan di rumah melalui slot Sembang Santai dan juga pameran interaktif.