Skip to main content

vcc

Merokok - Tabiat Buruk Anda Dicontohi!

Oleh: natrah@usm.my

Oleh: Mohamed Izham Mohamed Ibrahim (PhD)

Ibubapa yang merokok bukan hanya mengancam kesihatan diri mereka sahaja malahan juga kesihatan anak-anak dan juga janin dalam kandungan. Lebih kerap mereka merokok, lebih seriuslah pendedahan kepada anak-anak mereka. Ramai ibubapa yang kurang perihatin terhadap hal ini.

Risiko Kesihatan Terhadap Kanak-Kanak

Jika anak anda bersama anda semasa anda merokok, mereka boleh dianggap turut merokok kerana mereka merupakan 'perokok pasif'. Perokok pasif ialah mereka yang terdedah kepada asap yang dihembuskan oleh perokok. Mereka  juga terdedah kepada bahan kimia beracun. Paru-paru kanak-kanak masih belum matang sepenuhnya dan pendedahan kepada bahan beracun dalam rokok membuatkan mereka lebih berisiko tinggi untuk mengalami kesan negatif berbanding orang dewasa. Kanak-kanak ini lebih mudah mengalami masalah seperti:

  • Penyakit paru-paru seperti asma 
  • Fungsi dan tumbesaran paru-paru terganggu
  • Batuk yang kerap serta masalah saluran pernafasan seperti pneumonia dan bronkitis

Tingkahlaku Anda Dicontohi

Selain daripada menjadi pasif, kanak-kanak juga akan meniru tabiat buruk merokok ibubapa. Tabiat buruk ini mudah mempengaruhi golongan ini kerana mereka merasakan diri mereka lebih dewasa apabila merokok dan inilah yang membuatkan ramai remaja kita yang terjebak dengan gejala merokok. Lebih mengecewakan lagi apabila sesetengah daripada mereka dengan megah merokok di khalayak ramai walaupun masih berpakaian sekolah. Bermula dengan rokok kemudian mereka mencuba bahan-bahan lain seperti ganja dan sebagainya.

Garispanduan yang boleh diikuti untuk mengatasi masalah ini ialah:

  • Amalkan cara hidup sihat. Jangan merokok dan berusaha untuk berhenti.
  • Jangan benarkan sesiapapun merokok di dalam rumah anda. Jika tetamu anda merokok pastikan mereka merokok di luar.
  • Jangan sesekali menyuruh anak anda membeli rokok untuk anda.
  • Hukuman keras dikenakan kepada pekedai yang menjual rokok kepada remaja.
  • Bincang tentang kebaikan tidak merokok dari sudut kesihatan dan pembaziran wang
  • Ramai remaja merokok kerana ingin mencuba, pengalaman baru atau kelihatan dewasa. Jelaskan tanggapan salah ini.
  • Berikan kaunseling, bukannya memarahi atau menghukum.
  • Galakkan penglibatan anak-anak dengan kempen atau kelab anti-merokok di sekolah.

Beri mereka kepercayaan, dan luangkan masa untuk berbincang dengan mereka mengenai tabiat buruk merokok dan isu-isu yang berkaitan dengannya.