Skip to main content

vcc

Apakah Rokok Elektronik / Vape ?

Oleh: Normaliza Abdul Manaf

Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.

anatomi

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Bateri mengalirkan elektrik ke katrij kemudian memanaskan cecair dalam katrij yang kemudiannya mengubah cecair menjadi wap.

Ads:

KANDUNGAN DAN KESAN BAHAN KIMIA DALAM VAPE/eCig

Bahan Kimia/Kesannya   VAPE eCig 

Nikotin
Disenaraikan di bawah Akta Racun 1952

Kesan
Menyebabkan ketagihan dan kebergantungan fisiologi.
Menggalakkan pembekuan darah.
Mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan.
Gangguan pada perut dan usus.
Sawan dan kegagalan pernafasan.
Menyebabkan kematian.
Had kepekatan: Tidak dibenarkan (0 ng/mL).

no  yes

Propalina Glikol
Merupakan bahan sintetik yang berasal dari petroleum. Ia bersifat cerah dan tidak berbau.

Kesan Jangka pendek
- iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan.
- Kegatalan tekak, sakit tekak dan ruam-ruam kecil.

Kesan Jangka panjang
- menyebabkan penyakit asma.
- Apabila dipanaskan akan membebaskan formaldehid (formaldehide) iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.

 yes  yes

Gliserin Sayuran

Gliserine merupakan minyak tumbuhan yang bersifat tidak berwarna, tidak berbau, dan manis sedikit.

Kesan
Mulut cepat rasa kering dan sakit tekak.
Iritasi lapisan kulit dan mata.
Kerosakan kepada organ dalaman.

 yes  yes

Bahan Perisa

Terdapat pelbagai jenis bahan perisa yang digunakan dalam cecair vape/eCig yang terdapat di pasaran.

Kajian in-vitro mendapati, bahan-bahan ini mampu membunuh sel tubuh terutamanya sel-sel paru-paru, otak dan lapisan kulit – sitotoksisiti.

 yes  yes