Skip to main content

vcc

Bahaya Si Cantik Depan Rumah: Keladi Hiasan

Oleh: Asdariah Misnan

Masyarakat Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan bunga dan pokok hiasan di sekitar rumah. Pokok hiasan dengan bunga daun yang pelbagai warna menambah seri sesebuah rumah apatah lagi sekiranya ia disusun membentuk lanskap yang menarik. Dalam membuat pilihan jenis pokok hiasan yang hendak ditanam di sekitar rumah, kita perlu menitikberatkan aspek keselamatan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat beberapa jenis pokok hiasan yang kelihatan cantik bagi menghiasi landskap namun sebenarnya ia beracun dan tidak sesuai ditanam di sekitar rumah terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Keladi merupakan fauna yang mudah membiak dan tidak cerewet penjagaannya. Berasaskan kepada fakta ini, keladi merupakan antara tubuhan hiasan yang sering ditanam disekitar rumah, antaranya, Pisang Tanah, Keladi Birah, Keladi Bintik, Keladi Gajah, Phillodendron dan Anthurium. Kunikan keladi adalah pada warna dan saiz daunnya yang menjadikannya antara pilihan ramai untuk digunakan sebagai pohon lanskap. Bunga keladi juga boleh menjadi tarikan terutamanya kepada kanak-kanak kerana ia kelihatan umpama jagung.

ms6 3   ms6 2

Namun, tahukah anda, getah keladi ini mengandungi bahan kimia yagn dikenali sebagai kalsium oksalat. Jika dilihat di bawah mikroskop, kalsium oksalat ini kelihatan seperti jarum-jarum kristal yang tajam. Struktur bahan yang sebegini boleh menyebabkan kesan gatal-gatal, sakit, kemerahan dan kerengsaan apabila getahnya terkena pada kulit. Kemudaratan lebih buruk akan terjadi sekiranya mana-mana bahagian tumbuhan ini dimakan dan ditelan. Ia akan mengakibatkan tekak, mulut dan lidah menjadi kebas, bengkak, sakit dan menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas. Antara jenis keladi yang mengandungi bahan kimia kalsium oksalat pada kadar yang tinggi ialah pokok pisang tanah.

 ms6 1