Skip to main content

vcc

(ICT) menjadi teras perkhidmatan PRN

Oleh: natrah@usm.my

Kewujudan 'internet' telah mengubah bukan sahaja cara kita mendapatkan maklumat juga jumlah perolehan maklumat. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih berkesan melangkaui batasan masa dan sempadan geografi.

Keupayaan internet sama ada dari segi kelajuan komunikasi ataupun jumlah maklumat yang boleh disalurkan membuka era baru dalam bidang pendidikan. Kebelakangan ini terdapat banyak laman web mengandungi maklumat kesihatan telah dibangunkan. Masalah yang timbul ialah maklumat disesetengah laman web ini boleh diragui kesahihannya. Walaupun dipaparkan dengan cara yang amat menarik dan meyakinkan, banyak maklumatnya tidak tepat dan boleh membahayakan pengguna. Bagi mengimbangi keadaan ini, agensi-agensi berwibawa harus menyediakan alternatif kepada pengguna agar mereka mendapat saluran yang sesuai bagi memperolehi maklumat.

Menyedari hakikat ini PRN terus gigih memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyampaian maklumatnya. Semenjak 1989 lagi, PRN telah mempelopori usaha mengwujudkan sistem maklumat ubat dan racun secara eletronik melalui sistem TELITA (Telekom Lihat dan Tahu). Melalui sistem ini pengguna dapat memperolehi maklumat melalui peti televisyen dengan menggunakan papan kunci khas.

Kelahiran internet telah membuka lembaran baru bagi PRN. Laman webnya di http://prn.usm.my yang telah dilancarkan pada bulan April 1996 adalah kemaskini dan mengandungi pelbagai maklumat yang antaranya termasuklah:

  • Ulasan akhbar berita yang berkaitan dengan kesihatan (1995-kini).
  • Artikel akademik tentang racun, ubat-ubatan dan dadah yang telah diterbitkan dalam majalah seperti Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat, Fokus.
  • Siri artikel tentang bahan beracun dan keracunan yang diterbitkan dalam akhbar The Sun dan Utusan Malaysia.
  • Bahan rujukan on-line terpilih juga boleh didapati dari laman web ini.

Untuk lima tahun akan datang (2001-2005), PRN akan menggiatkan lagi proses menambahbaikan laman webnya, menjadikannya lebih ramah pengguna dengan menambah komponen multimedia. Program pendidikan interaktif secara bersiri akan diperkenal bagi membolehkan pengguna mempelajari secara teratur aspek racun dan keracunan.

Pendekatan yang diambil juga adalah untuk meningkatkan penyebaran maklumat secara berkesan pada kos yang paling optima. Penyebaran maklumat dan interaksi yang diwujudkan akan menjadi lebih meluas. Kini, terpulanglah kepada pengguna untuk memaksimumkan penggunaan internet dan laman-laman web berkaitan kesihatan. Jika perlu PRN bersedia untuk mewujudkan program latihan dalam bidang ini.