Kesan Mudarat Ubat Analgesia Pada Ibu Hamil
Oleh: Dr Mohamed Izham Mohamed Ibrahim
Ubat boleh memberi kesan mudarat pada janin sepanjang tempoh kehamilan. Masalah kecacatan pada janin mudah berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama (trimester pertama) semasa mengandung terutamanya pada hari ke 18 hingga hari ke 60 jangkamasa hamil. Salah satu berlakunya kecacatan adalah akibat penggunaan ubat yang tidak menentu oleh ibu yang hamil. Di antara faktor kesihatan yang sering menyebabkan seseorang ibu mengambil ubat semasa hamil ialah kerana keadaan akut yang timbul seperti rasa sakit pada bahagian bawah abdomen, sakit pada bahagian tulang belakang, lenguh dan demam.
Sakit adalah salah satu tanda dan alasan yang sering menyebabkan orang ramai mendapatkan rawatan kesihatan. Oleh sebab itu, ubat analgesia atau ubat tahan sakit adalah di antara yang paling kerap digunakan. Kesemua ubat analgesia yang kerap digunakan: kumpulan asid salisilik, terbitan pirazolon dan fenasetin ditemui pada abad yang ke 19. Jadual 1 di bawah menunjukkan jenis-jenis ubat analgesia (mengurangkan rasa sakit) yang boleh didapati di hospital, klinik atau kedai farmasi. Banyak di antara memerlukan penasihatan sebelum ia digunakan.
Jadual 1: Contoh Ubat-Ubat Analgesia |
---|
Ubat Analgesia Bukan Narkotik
|
Ubat Analgesia Narkotik
|
Ubat Anti-Inflamasi (NSAIDs)
|
Ubat Analgesia Bukan Narkotik
Bagi ibu yang sedang hamil dan memerlukan rawatan, ubat analgesia patut di ambil dalam dos yang rendah untuk jangkamasa yang singkat. Ubat yang menjadi pilihan dan selamat digunakan parasetamol atau asetaminofen (salah satu jenama yang paling popular ialah Panadol(). Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keracunan jika di ambil berlebihan. Ibu-ibu disaran supaya menghubungi doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat.
Kebanyakan pakar perubatan sependapat bahawa aspirin merupakan ubat pilihan utama untuk sakit gigi, sakit kepala dan sakit tulang belakang. Di Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 10 hingga 45% wanita hamil menggunakan ubat aspirin dalam tempoh tiga bulan pertama waktu hamil. Walaupun kesan aspirin kepada janin tidak jelas tetapi penggunaanya di akhir tempoh hamil boleh mengganggu pengecutan rahim dan penyebabkan komplikasi semasa melahirkan bayi yang dikandung. Tambahan lagi, aspirin boleh menyebabkan pendarahan pada bayi dan ibu. Secara umum, penggunaan aspirin patut dielakkan semasa hamil.
Penggunaan ubat untuk penyakit migrain seperti ergotamin adalah dilarang. Ergotamin mempunyai kesan pada rahim. Ini akan menghalang aliran darah ke dalam plasenta dan menyebabkan janin kekurangan oksigen dan mati.
Ubat Analgesia Narkotik
Ubat analgesia narkotik pula boleh memberi kesan mudarat pada bahagian otak dan pernafasan bayi terutama apabila diberi untuk menghilangkan rasa sakit semasa melahirkan bayi tersebut. Ubat analgesik yang ideal semasa proses bersalin seharusnya tidak membahayakan keadaan ibu atau janin. Ubat-ubat tersebut harus mudah digunakan dan memberi kesan yang tetap dan boleh dijangkakan. Ubat petidin kerap digunakan semasa proses bersalin. Ia merupakan ubat sintetik dan kurang berkesan dalam mengurangkan sakit berbanding dengan morfina tetapi kurang kesan mudarat terhadap sistem pernafasan bayi yang baru lahir.
Ubat NSAIDs
Ubat-ubat di dalam kelas anti-inflamasi (Non-Steroidal Antiinflamatory Drugs) bertindak dengan menghalang rasa sakit dan mengurangkan inflamasi (radang). Ubat-ubat di dalam kumpulan ini dipreskripsikan untuk sakit pada bahagian tulang belakang, sakit kepala, gout dan sakit otot. Ubat anti-inflamasi ini boleh merencat proses pengecutan rahim dan mengganggu proses kelahiran bayi. Penggunaan ubat-ubat di dalam kelas ini seperti indometasin, ibuprofen dan naproksin harus dielakkan terutamanya untuk tiga bulan terakhir semasa hamil. Jadual di bawah menunjukkan senarai ubat analgesia yang patut dielakkan semasa mengandung serta kesannya sama ada kepada bayi ataupun ibu.
Nama Ubat | Kesan-kesan Buruk |
---|---|
Aspirin |
|
NSAIDs |
|
Analgesik Opiod |
|
Apa anda perlu buat?
Isu pengunaan ubat semasa hamil adalah kontroversial dan masalah risiko atau manfaatnya masih samar. Terdapat ubat analgesia yang selamat digunakan di awal waktu hamil seperti parasetamol. Janin mudah terdedah kepada semua jenis ubat yang di ambil oleh ibu. Jika penggunaan ubat oleh ibu adalah sangat diperlukan, ibu-ibu yang hamil haruslah memaklumkan kepada doktor yang mereka sedang hamil. Para doktor pula haruslah mempreskripsikan ubat-ubat analgesia yang telah terbukti keselamatannya berbanding dengan ubat-ubat baru.
Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan yang perlu ditanya oleh pesakit semasa menerima ubat analgesia atau anti-inflamasi:
|