Skip to main content

vcc

PUSAT RACUN NEGARA

Oleh: natrah@usm.my

Pusat Racun Negara (PRN) telah ditubuhkan berikutan kelulusan daripada Jemaah Menteri pada pertengahan tahun 1994. Pusat ini adalah kesinambungan daripada kerja-kerja perkhidmatan dan penyelidikan yang telah dilakukan sejak tahun 1982 melalui projek "Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan dan Racun Bersepadu" ataupun ringkasnya IDPIS (Integrated Drug and Poison Information Services). Melalui IDPIS, berbagai aktiviti telah dijalankan untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan-pekhidmatan kesihatan khususnya dalam bidang teknologi maklumat kesihatan yang mencakupi pengauditan serta pembekalan maklumat kepada ahli-ahli profesional kesihatan dan juga masyarakat umum.

Mengapakah PRN Ditubuhkan?

Untuk mengurangkan kematian, kecelakaan, kemalangan dan kos akibat keracunan melalui pendekatan yang menitikberatkan ciri-ciri kecemerlangan, keprihatinan dan inovatif.

Apakah Perkhidmatan yang Diberi oleh PRN?

Antara objektif utama PRN adalah:

  • Untuk mengurangkan risiko serta kejadian keracunan di seluruh negara.
  • Mengurangkan rawatan kes-kes keracunan secara optimum melalui:
    1. Pembekalan maklumat berkaitan dengan keracunan dan penasihatan
    2. Menyelaras dan mengendalikan program pendidikan serta kesedaran bagi mencegah kes-kes keracunan
    3. Mengendalikan penyelidikan serta dokumentasi berkaitan dengan keracunan.
    4. Melakukan ujian analisis dan interpretasi keputusan makmal

Buat masa ini objektif 3 dan 4 masih belum dapat dilaksanakan dan penekanan diberikan kepada yang dua lagi, 1 dan 2.

Bagaimana untuk Mendapatkan Khidmat PRN?

Setakat ini PRN mengendalikan perkhidmatan pada waktu-waktu pejabat iaitu 8.30 pagi - 4.30 petang pada hari Isnin - Jumaat dan Sabtu, jam 8.30 pagi - 1.00 tengahari. PRN dilengkapkan dengan peralatan-peralatan komputer serta pangkalan data yang berkaitan untuk membantu dalam usaha membekalkan maklumat-maklumat tersebut. Nombor telefon yang dikhaskan untuk tujuan ini adalah 04-6568415. Setiap panggilan akan dilayan oleh ahli-ahli profesional berkaitan.

Untuk jangkamasa panjang, PRN akan berusaha untuk mengadakan perkhidmatan 24 jam serta talian bebas tol (tollfree) untuk memudahkan lagi para pengguna mendapat maklumat-maklumat dan nasihat yang diperlukan khususnya waktu kecemasan.