Skip to main content

vcc

PENAWAR 70 - WEBINAR Keracunan Ubat “Ambil Tahu, Elak Keliru” pada 26 Mac 2022

Oleh: natrah@usm.my

70aktiviti3

 

Sempena Minggu Pencegahan Keracunan Kebangsaan (MPKK) 2022, Pusat Racun Negara (PRN) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) dan Community Outreach Programme (COP PPSF) USM telah mengadakan satu webinar yang bertajuk “Keracunan Ubat: Ambil Tahu, Elak Keliru” pada 26 Mac 2022.

Seramai lebih kurang 900 peserta yang berdaftar telah didedahkan tentang beberapa isu dan kesan pengambilan dos ubat atau bahan farmaseutikal secara berlebihan, keperluan mengambil berat serta patuh terhadap regimen dan dos ubat yang telah diarahkan bagi mengelakkan keracunan.

Turut disampaikan adalah langkah-langkah pencegahan keracunan ubat dan produk farmaseutikal serta tindakan yang wajar diambil jika berlaku keracunan.