Skip to main content

vcc

PENAWAR 70 - WEBINAR KOSMETIK TOKSIK & IMPLIKASI VAPE - 28 Jan 2022

Oleh: natrah@usm.my

 

70aktiviti1

Webinar ini dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara dengan kerjasama Pusat Racun Negara dan Persatuan Pelajar Sikh USM telah berlangsung pada 28 Januari 2022 bermula 8.00 dan tamat pada 10.30 malam. Ia disiarkan secara langsung melalui media sosial secara serentak di Facebook Desasiswa Indah Kembara, Persatuan Pelajar Sikh dan Pusat Racun Negara.

Program ini telah dijayakan oleh 2 panel jemputan, pegawai farmasi daripada Pusat Racun Negara iaitu:

PANEL 1: Puan Sulastri Samsudin TOPIK: Vape Mudarat, Jangan Terjerat

PANEL 2: Puan Sazaroni Md Rashid TOPIK: Kosmetik Beracun

Webinar ini telah berjaya menarik penonton lebih 200 orang dan diakhiri dengan sesi soal jawab yang sangat interaktif.