Skip to main content

vcc

PENAWAR 69 - Aktiviti-aktiviti Program KAMiBest Oktober – Disember 2021

Oleh: natrah@usm.my

69aktivitiKamibest


Program KAMiBest masih berjalan sepanjang suku keempat 2021 dengan dua aktiviti utama iaitu sesi bercerita oleh cikgu-cikgu KEMAS kepada murid-murid dan penghasilan tugasan oleh murid-murid KEMAS,

Dalam sesi bercerita, cikgu-cikgu menyampaikan cerita-cerita berkaitan bahaya merokok dengan Teknik Kamishibai kepada  murid-murid sama ada secara langsung dalam talian atau direkod dan dihantar kepada murid-murid. Sebanyak 168 video
telah dihasilkan dan dimuatnaik ke dalam Facebook KAMiBest.

69aktivitiKamibest1

 

69aktivitiKamibest2

 

Setiap murid-murid KEMAS pula telah diberikan pilihan tugasan untuk disiapkan iaitu mewarna poster, berpantun, mencipta slogan atau ‘hashtagdan membuat lakonan bertemakan bahaya tabiat merokok dan vape. Tugasan ini sedikit sebanyak bertujuan untuk mendapatkan penglibatan murid-murid dan ibu bapa dalam program KAMiBest.

69aktivitiKamibest3

 

69aktivitiKamibest4

 

69aktivitiKamibest5