Kesedaran terhadap bahaya bahan-bahan pencuci rumahtangga
Seperti ubat-ubatan, kebanyakan rumah ada menyimpan bahan-bahan pencuci, khususnya di kamar-kamar mandi, dapur ataupun setor. Seperti juga ubat-ubatan, ramai yang agak cuai apabila menggunakan bahan tersebut sehingga banyak antaranya terbiar begitu saja - mudah dicapai kanak-kanak. Malah ada yang tersimpan di lantai atau kamar yang tidak berkunci. Kelazimannya, ramai yang beranggapan bahan-bahan ini tidak mendatang bahaya, apalagi setelah digunakan saban hari tanpa banyak keranah. Namun pada hakikatnya bahan-bahan ini tetap merbahaya malah boleh mendatangkan maut.
Contoh-contoh yang dapat diberikan adalah seperti dalam jadual berikut:
Bahan | Kesan-kesan tertentu |
Soda untuk masak (sodium bikarbonat) | Mata: rengsa, kemerahan, nyeri
Tertelan: radang tekak, sakit perut Catatan Tambahan |
Soda untuk basuh (sodium karbonat) | Mata: melecur, penglihatan kabur
Kulit: kemerahan, rengsa Tertelan: radang tekak, sakit perut Catatan Tambahan |
Cecair ammonia (10%) | Mata: rengsa, bengkak, rabun
Kulit: melecur, nyeri Terhidu: batuk, sakit dada, radang tekak dan hidung Tertelan: rasa terbakar pada mulut, tekak dan perut, muntah Catatan Tambahan |
Bahan peluntur jenis klorin | Mata: melecur, penglihatan kabur
Kulit: kemerahan, nyeri, kering, pecah-pecah Terhidu: radang tekak, batuk, sukar bernafas Tertelan: radang tekak, muntah, melecur Catatan Tambahan |
Cuka (5% asid asetik) | Mata: rengsa
Kulit: rengsa agak ringan Catatan Tambahan |
Boraks | Mata: rengsa, kemerahan, nyeri
Kulit: rengsa, ruam, pecah-pecah Terhidu: batuk, hidung berdarah Tertelan: mual, muntah, pening, rosak buah pinggang |
Oleh yang demikian, bahan-bahan seumpama ini penting disimpan jauh daripada jangkauan kanak-kanak, di atas para-para misalnya ataupun di tempat berkunci. Tentukan juga setiap bahan tersebut tersimpan dalam bekas asalnya yang berkeadaan bersih dan sempurna, tertutup ketat. Pastikan juga anda ketahui nama atau jenis bahan pencuci tersebut kerana apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini maklumat seumpama ini dapat membantu menyegerakan rawatan.