Skip to main content

vcc

Bulan Pencegahan Keracunan Kebangsaan - 10 Mac - 7 April 2021

Oleh: natrah@usm.my

poster bulan keracunan

Buat julung kalinya, Pusat Racun Negara telah menganjurkan Bulan Pencegahan Keracunan Kebangsaan (BPKK) 2021 dengan kerjasama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi (BKPI) dan ALUMNI USM. Program selama sebulan ini telah berlangsung dari 10 Mac hingga 7 April 2021. Program ini merupakan kesinambungan daripada Kempen Kediaman Selamat Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 2018-2020. Program kempen kesedaran untuk mencegah keracunan ke seluruh negara dengan tema “CEGAH ELAK PADAH” ini telah diadakan secara dalam talian sepenuhnya sebagai menyahut cabaran pembudayaan norma baharu yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko keracunan dan memperkasakan komuniti untuk mencegah keracunan daripada berlaku. Pelbagai aktiviti secara dalam talian telah dilasanakan: (1) Projek ‘Adopt a Kit’; (2) Slot bersama Radio; (3) Siri Webinar Keracunan; (4) Pertandingan ‘Snap & Win Contest’; (5) Pertandingan Kuiz ‘Borak Tak Kosong’; (6) Pertandingan Bercerita Kanak-kanak. Sambutan yang amat menggalakkan bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan menggambarkan bahawa masyarakat kini lebih cakna berkenaan keselamatan kimia dan pencegahan keracunan.
Sepanjang program ini berlangsung, capaian Facebook PRN telah meningkat sehingga 100,000 capaian manakala jumlah pengikut juga meningkat sebanyak 1,305 menjadikan jumlah keseluruhan pengikut FB PRN 19,268.

Ringkasan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti Bulan Pencegahan Keracunan Kebangsaan 2021:

  1. Pertandingan video adik bijak bercerita telah mendapat sebanyak 48 video penyertaan.
  2. Pertandingan Snap & Win pula telah mendapat 58 penyertaan.
  3. Kuiz Borak Tak Kosong mendapat 636 penyertaan.
  4. Webinar Keracunan Cendawan telah mendapat 610 peserta dalam talian.
  5. Webinar Keselamatan Kanak-kanak telah barjaya mendapat 492 peserta secara atas talian.

kuizboraktak0

pertandingan adikbijak

pertandingan snap